Wednesday, May 4, 2011

.: Transformasi Politik

Berat sungguh nak tulis pasal tajuk ni. Sebab saya buta kayu betul bab ni. Tapi, pendapat saya sgt senang. Tak perlu ada parti-parti ni. Buang masa. Bergabung aje. Pastu kita pilih pemimpin yg paling beriman dan berkaliber.

Saya pernah membaca bahawa, Allah akan naikkan pemimpin di kalangan sesuatu kaum tersebut. Jadi, kalu kita nakkan sebuah negara yg dipimpin oleh seorg yg berilmu, beriman dan beramal serta berkaliber, maka semua rakyat perlu disedarkan dan berkesedaran kepada ugama. Bila dah ada kesedaran ugama, maka tak adalah mana-mana hamba rakyat yg terbeli dan dibeli untuk memangkah pemimpin secara membabi buta. masing-masing semua ada pegangan sendiri dan tak akan pernah dibeli punya lah. tak adalah rasuah-rasuah tu. Rakyat pasti akan memilih pemimpin yg boleh membela kepentingan mereka. kalu rakyat rasa kepentingan mereka ialah nak kepada dunia, maka pemimpin jenis duniawi la dipilih. Dan sebaliknya, pikir le sendiri.

Jadi, untuk menegakkan sebuah negara Islam seislam-islamnya, bukan lah dengan mendapatkan kuasa tertinggi. Tapi strategi penerapan nilai-nilai Islam mesti dilakukan pada peringkat individu. Sebab individu2 ni lah yg nak pilih pemimpin tu. kalu kita nak tegakkan negara Islam, tapi strategi kita sama saja dgn parti biasa, buang karen aje. orang menyumpah, kita pun menyumpah, org ngumpt kita pun ngumpat. kan bgus kalu masa kempen tu ditukar jadi masa pengisian rohani dgn ilmu2 Allah? Saya suka dgr kaset pemimpin Islam ajar ugama. Kalu saya pangkah beliau, mesti sebab ilmu ugamanya...walaupun beliau DAP sekalipun. hehehe... kenapa? Sebab saya yakin dan pasti, seorang islam yg beriman pasti akan melaksanakan segala hukum Allah.

Sebuah kerajaan ni ibarat satu badan. Jika baiknya sel-sel dalam sesuatu badan tu, maka sihat lah keseluruhannya. Jika ada satu sel yg kena kanser, kanser tu perlu dirawat, kalu tak dia akan merebak. Maka, kita kena pastikan semua sel dalam badan kita ni elok..baru lah boleh hidup sihat walafiat. yang takleh rawat tu, buang aje, operate. Syoh..buang duk jauh2.

Tak guna kalu mekap bertempek-tempek, botox sana sini, tapi kat dalam membusuk, memburuk, bila nak jalan tak boleh, kena bertongkat dan berkerusi roda. Lumpuh.... Itu yg jadi kalu cuma merawat simptom penyakit, bukan puncanya.

Bagaimana merawat cell? Bagi santapan rohani dan jasmni. Sel perlukan nutrisi..vitamin.

Begitu halnya dgn individu manusia ni. Perlu sentiasa dirawat. Kuncinya pada hati. Jika baik hatinya, maka baik lah dia. Jiwa yg diisi dengan mengenal Tuhan...Allah. Vitaminnya ialah amalan. Amalan yg sentiasa disuburkn. Bukan buat amalan setahun bersungguh-sungguh, pastu tahun depan buat dosaaaa aje. pastu tahun depan lagi bertobat... kalu sempat bertobat mujur lah.

jadi, tak yah  lah berebut-rebut nak jadi pemimpin. Ia akan dtg sendiri sekiranya kita dalah dilahirkan untuk memimpin. jgn lagi buang duit buang masa berkempen. buat aje yg baik-baik... rakyat semua boleh menilai.

No comments:

Post a Comment