Monday, May 30, 2011

.: Spagheti Bolognaise.. senyum lebar...

Hari ni, adalah hari yang boleh mengkematukan punggung buat saya. Duduuuk aje dengar taklimat MQA, OBE dan yang sewaktu dengannya dari pagi hingga petang. Oh, terasa sungguh berat nya tugas sebagai pensyarah.

Mari kita lupakan hal kerja yang tak akan pernah habis ni.

Setelah dua minggu asyik makan air tangan babah aje, hari ni disebabkan banyak sangat duduk, saya rasa ada lebihan tenaga yang tak terpakai pula. Kesian tengok babah... mesti rindu nak makan masakan mama yang sedap ni pula... hihihi

Anak-anak pun dah mula menunjukkan simptom-simptom kurang berselera dah dengan masakan babah, kerana makin lama makin kurang pula amaun suapan yang berjaya dihabiskan oleh anak-anak.. maka hari ni mama masuk dapur. Waah..macam lama lah sangat mama cuti masak ye?

Menu pada petang ini, sudah tentu lah menu yang simple, tapi menjadi favourite anak-anak mak... hehehe....

Kalau malas masak,memang sesuai sangat buat Spagheti Bolognaise ni.

Kalau digoogle dari laman-laman resipi, macam-macam resipi telah dikongsikan untuk menghasilkan masakan itali ni.

Saya punya resipi simple sangat-sangat.. sekejap saja membuatnye ye puan-puan. Sesuai sangat untuk ibu-ibu hamil yang tak larat berdiri lama-lama di dapur. Hanya 15-20 minit sahaja masa diperlukan.

Untuk keluarga kecil macam saya (2dewasa, 2 kanak-kanak) anda perlukan:
1. bawang putih (4-5 ulas dicincang)
2. isi ayam dicincang (ada juga ayam kisar dijual di pasaraya, tp mcm byk lemak dari daging je??)
3. mixed herbs (botol hijau,jenama McCormick)
4. oregano (juga jenama Mcormick)
5. parsley (juga McCormick)
6. Tomato puree
7. Garam dan gula secukup rasa.
8. Minyak zaitun
9. Segenggam spagheti San Remo...  dididih dalam air+minyak+garam.

Cara-caranya...
Sos merah nya:
Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih...masukkan ayam cincang..masuk mixed herbs, oregano dan parsley...(masukkan lah benda-benda lain yg difikirkan sesuai..ikut sukahati la ye..)...
agak-agak ayam dah masak tu, masuk lah tomato puree..kalu anda ada beli sos merah spagheti tu pun bagus juga...pastu masuk garam dan gula..saya lebihkan gula sikit, sbb anak-anak saya suka manis...oh ya...taburkan juga keju parut parmesan tuuu... mmmmm.... memang mudah....

sementara itu, anda jgn pula lupa merebuskan spagheti sambil-sambil anda masak sos tadi tau... baru lah jimat masa... elok2 spagheti masak dan ditos...sos pun siap... anda pun buleh ngap!

Petang ni, saya tersenyum lebar tengok anak-anak makan dengan kembali berselera...

No comments:

Post a Comment