Friday, May 27, 2011

.: Semoga dipelihara Allah selalu

Pagi ni, anak officemate yg berusia 5 tahun, patah kaki kena langgar (secara tidak sengaja) dengan officemate sorang lagi.

Daripada cerita pihak yang melapor, anak kawan tu main kat tepi jalan, sementara maknya sibuk dengan nak hantar adik dia kat nursery agaknya. Masa kejadian, orang sibuk nak pergi kerja. Kawan yang terlanggar tu katanya membawa kenderaannya dengan agak laju (mengikut kadar dalam kuarters). Ye lah, dalam kuarters yang penuh dengan bonggok, laju mcm mana sgt lah ye? Paling2 pun 40 km/j la agaknya kan?

Berita itu tambah tragis bila yang melapor tu turut melaporkan bahawa, budak tu terperosok ke bawah kereta.

Sebagai seorang ibu, berita ini sedikit sebanyak telah melemahkan lutut saya tatkala mendengarnya. Saya terus terbayang wajah anak-anak saya. Semoga Allah memelihara dan melindungi semua anak-anak di dunia ini. Kejadian ini memang tak siapa akan sangka. Kawan saya tu selalu dilihat sentiasa memantau dan memimpin tangan anak-anak beliau, bukan jenis yang lepas aje anak main tepi jalan. Tapi pagi tadi, nak jadi kejadian, benda jadi dengan pantas, semoga Allah bgi kekuatan untuk beliau. Dan semoga anak beliau tidak cedera teruk lagi, dan akan cepat sembuh seperti sediakala.

Moral of the story, betapa sayang pun kita pada anak-anak, seberapa ketat pun kawalan dan jagaan yang cuba kita berikan pada anak-anak, Allah jua lah sebaik-baik pelindung. Sentiasalah doakan keselamatan dan kesihatan anak-anak dimana saja mereka berada, walau dengan siapa pun.
Amin.

No comments:

Post a Comment