Saturday, May 28, 2011

.: Saya tak suka reality TV show... kecuali...

Semasa saya remaja dulu masa demam AF1 bermula, saya tidak demam langsuung. Saya tidak minat.
Sampailah sekarang, saya tertanya-tanya, apa motif yang baik di sebalik program ini. Jadi, anda pun sudah tentu boleh mengagak, saya tidak pernah menghabiskan satu sen pun mengundi mereka. Saya gembira bila saya dimaklumkan, AF9 tu yang terakhir. Saya harap ia benar-benar berakhir.

Kenapa saya tidak suka?

Sebab dalam AF tu ada macam-macam unsur maksiat. Walaupun saya bukan seorang ustazah, saya risau jika benda ini berlarutan sehingga anak-anak saya jadi remaja suatu hari nanti. Kalau program tak berguna begini masih wujud pada masa anak saya remaja nanti, saya berharap anak-anak saya pun macam saya juga, tak akan pernah minat program sebegini.

Di asro oasis, ada pula program Imam Muda. Sekarang dah masuk musim ke 2. Program ini kalau nak dibandingkan dgn Akademi Fantasia, jauh lebih bermanfaat. Di samping duduk saja2 tgk TV, ada juga ilmu yang dapat diketahui dari siri ini. Namun, program ini juga tidak berjaya membuatkan saya tertunggu-tunggu atau mengikuti dengan penuh disiplin, apatah lagi menggilai Imam Muda imam muda tersebut. Entah kenapa, kadang-kadang, saya tak nampak beza pula antara Akademi Fantasia dengan Imam muda ni. Memang bagus pengisian program Imam Muda tu... tapi..entah laa... benda ugama macam ni macam tak sesuai pula. Macam satu lakonan. Banyak lagi Imam muda asli yang lebih bagus daripada imam muda keluaran Astro ni. Imam muda yang tak pernah terpikir nak masuk TV. Alasan masuk Imam Muda sebab nak tuntut ilmu..hmm..ok lah. Tapi, bukan kah banyak pondok2 dan pusat-pusat pengajian ugama kat malaysia ni, kan?? Kecuali program Imam Muda ni mencari calon-calon dengan cara mencari sendiri para peserta program di seluruh pelusuk negara, menyiasat latar belakang peserta, dan peserta dipilih tanpa mereka ketahui pun...haa...yang tu baru betul tak mencari glamer. Hehehe...

Saya rasa, saya lagi suka rajalawak. Mungkin sebab saya suka komedi. Dan yang penting, kebanyakan peserta rajalawak adalah bersahaja, tak kontrol macho/ cun...  asli gituh. Walaupun unsur lagha tu memang sentiasa terselit. Sekurang-kurangnya, saya tak pernah rasa menyampah dengan lakonan-lakonan yg sangat plastik dari rancangan reality yg lain.

No comments:

Post a Comment