Tuesday, May 24, 2011

.: Penyakit dan Jin

Semenjak dua menjak ini, saya begitu taksub dengan pembacaan tentang alam ghaib, especially Jin, dan perawatan Islam. Semalam, saya dikejutkan dengan berita, rakan se'batch' dengan saya di UIA dulu, kini sedang bertarung dengan cancer dada, yg kini mula menyerang jantung beliau. Saya simpati, beliau masih bujang, dan agak hensem juga, tambahan pula genius secara semulajadi. Ujian ini terlalu berat bagi saya yg mendengar, apatah lagi untuk beliau sendiri. Semoga beliau tabah menghadapinya, dan semoga beliau survive!

Pada awal kewujudan manusia, setan dah bersumpah akan berusaha mati-matian untuk merosakkan anak Adam. Dari pembacaan saya tentang Jin ni, dia pun bersedara-mara lah jua dgn setan, iblis dan seangkatan dengannya. Jadinye, Jin ni pun asal kejadiannye dari api lah ye. Bezanya Jin ni, Jin ada yg Islam, ada yang kapir. Tapi, kita kena sentiasa beware, Jin ni pada kebiasaannya lebih nakal dan jahat daripada manusia. Jadi, baik macam mana pun Jin yang kita bela tu, kita tak leh percaya sangat, nanti Jin ni makan tuan dan anak cucunya. Tu la yg timbul masalah saka sekarang ni. Zaman datuk nenek bela dulu, dia baik je, tolong bersihkan hutan, tolong di bendang, tolong berkebun... jin ni panjang usia. Bila dah sampai zaman kita, kita pun dah tak feed dia, dia pun buat onar la.

Sedar tak sedar, ada diantara kita yg tidak sedar, ada jin yg memparasit dalam tubuh badan kita, di salur darah kita. Pemastautinan jin dalam tubuh ni adakalanya memberi simptom2 yg memudaratkan kita sebagai perumahnya. memang benarlah, Allah dah kata, setan/jin duduk dalam salur darah kita. (suka hati dia ek). Dari situ, terbit penyakit pelik-pelik, seperti cancer, penyakit kulit, penyakit pelik-pelik yg tak dapat ditemukan oleh doktor-doktor moden, apatah lagi kalu doktor setakat doktor syok sendiri yg pandai bagi panadol je, macam yg saya tulis dalam entry (lepas geram) baru ni.

Jadi, kalu dah doktor takleh detect penyakit kita, maka elok la kita beralternatif, dan bertukar pada perawatan Islam yg berasaskan ayat-ayat suci Al-Quran dan sunnah Nabi.

Jin ni pun punca penyakit hati, penyakit nak marah orang, penyakit dengki dan khianat. Jadi, kalu ada di antara kita yg rasa mcm panas baran, elok lah gi scan, mana tau ada saka/jin? Menurut ustaz yg pernah merawat saya, beliau kata, manusia ni terdiri dari unsur tanah dan air. Sedangkan marah, panas baran tu adalah unsur api...mana dtg api tu?? samada bisikan setan...atau???

Jin juga suka mengacau sistem pembiakan manusia. Yang dah kawin lama, tapi belum juga dikurniakan cahayamata, selain anda percaya belum lagi rezeki anda (dgn syarat anda tidak mandul atau ada masalahkesihatan lain yg serius), ada baik juga anda gi scan dgn perawat Islam yg bertauliah...
begitu juga yg sudah lanjut usia tapi belum bertemu jodoh.... cuba lah.

1 comment:

  1. eh, saper yg dapat cancer tu farah??? info lah skit...huhu siannya..

    ReplyDelete