Saturday, May 21, 2011

.: Mak baru balik kursus...

Hari ni, Sabtu..setelah berjaya mengqada' tidur-tidur yg terganggu sejak seminggu lepas, baru rasa cerah sikit mata dan pemikiran. Sementelah pula petang yang berbahgia ini, maryam yg semakin galak tu tgh tidur, dan abangnya pula turun ke taman bersama babah, sempat la mama menaip barang seperenggan dua.

Ya, tidur saya di Hotel Sri Petaling (3 bintang) agak terganggu. Setiap sejam saya akan bangun, pendek kata, saya memang tak dapat tidur sepanjang 4 hari berkursus Computer troubleshooting kat sana. Tilam dia macam dah kena lupus agaknya. nampak empuk, tapi terlampau empuk, sampai menjejaskan postur tidur..rasa tenggelam..dengan bantal yg lembik... sangat tidak menyupport badan saya yang semakin berat ni. nasib baik 4 hari, nyah! kalu tidak, mau jadi zombie mak ni.

Kursus Computer Troubleshooting yang telah disediakan oleh Sams Technology, anjuran KPT ni adalah antara kursus wajib di bawah kursus PPK yang perlu dilalui dalam usaha mengejar pangkat duniawi ni. he he he. Tapi, saya pergi kursus ni sebab saya rasa terlampau jakun bab repair2 computer la ni. Zaman dah berlalu, computer dah transform jadi alien dah, takkan saya masih di takuk lama. Sekurang-kurangnya, dengan pendedahan dalam kursus ni, update juga saya dengan teknology terkini troubleshoot computer ni. Paling tidak, kalu tak dapat repair komputer pun, bila orang cakap bab teknology sekarang, saya tak ada lah berkerut saja , ye dok? he he he... kata degree computer engineering...

macam biasa, saya kalu kursus di hotel berhari-hari, perkara yang biasa berlaku ialah, saya akan merindui anak-anak saya. Alhamdulillah, jarak yg dekat telah mengizinkan suami saya bawa anak-anak datang melawat, sehari pun jadi laa... kursus dari Isnin-Jumaat, hari Selasa anak-anak datang ke hotel...best sangat. tapi tak best bila terpaksa melepaskan mereka balik, saya tak dapat ikut...sedihnyaa...

Hari Jumaat, kursus habis tengahari, driver poli datang jemput. Hmm..rilex rasanya. kalu masa kat sabah, dapat kursus di KL, penat nya, nak kena naik teksi gi airport lah, pastu nak kena naik kapal terbang..leceh. kalu time mengandung gini, komfom kena amik surat doktor pulak... Syukur la dah pindah. jangan pulak kursus suruh gi Sabah udah le.... tapi, best juga kalu dpt peluang gi Sabah... rindu pulok rasanya. dengan syarat, jgn la time pregnant ye..penat!

No comments:

Post a Comment