Thursday, May 26, 2011

.: Lagu Baru Wafiy, dan kisah cikgunya

Gajah berkaki empat... gelek! gelek!
hidungnya besar panjang...gelek!gelek! (sambil punggungnya ditonggekkan dan digoyang2 ke kiri dan kanan)

kemudian wafiy pun ketawa terkekek-kekek .."Lucu sungguh cikgu wafiy yang gigi tak ada banyak kat bawah tu...." hihihihi.....

Kalau anda nak jadi cikgu, penampilan anda haruslah sempurna..supaya anda tidak dilabel seperti di atas oleh anak murid anda....

Penampilan seorang guru adalah sangat penting. Sebab, bila dalam kelas, anda adalah pusat perhatian pelajar. Pelajar akan pandang anda atas bawah, atas bawah...hatta gigi anda sekalipun. Begitu juga bulu hidung, tahi mata, dan sekecil-kecil benda yg tumbuh pada wajah anda akan menjadi gosip perbualan pelajar anda.

Jika anda tiada gigi, usahakanlah memakai gigi palsu...dan boleh lah melengkapkannya dgn polident... hehehe...

Saya juga tergolong dalam golongan guru. Biasanya, seorang guru wanita akan memiliki koleksi baju, kasut, handbag yang agak banyak. Saya juga memiliki sedikit koleksi. Tetapi, saya tidak suka mengumpul. Biasanya, bila saya menambah koleksi yang sedia ada, yang mana saya rasa saya dah puas pakai, saya akan bungkus dan bagi orang.. tak kira la kalau ia masih baru pun. Handbag pula, saya jenis yang tidak suka tukar-tukar handbag. Bila saya dah tukar, saya tukar untuk selamanya. Jarang sekali saya bertukar handbag. Biasanya saya akan pakai sesebuah handbag (hadiah dari suami saya tu la) sehingga handbag tersebut dah nak bertukar rupa, dan sehinggalah suami saya offer nak beli handbag baru, baru la saya tukar. Dan handbag lama tersebut, saya simpan, sehingga bila saya nak pakai balik, ia dah jadi reput...hehehehe...
Kasut pun sama... dalam satu-satu masa, saya tidak pernah memiliki lebih dari 5 pasang (termasuk selipar ke pasar). Sebab, bila kasut/selipar saya nak bertambah, akan ada yg berkurang. Kerana saya hanya beli kasut, bila kasut saya rosak. Jarang sekali saya membeli kasut ala-ala Paris Hilton, atau Victoria Beckham, yang membeli kasut seperti membeli sayur di pasar. Kasut kerja yang saya pakai sekarang, kalau tak silap, saya beli sebab saya kena bentang projek inovasi peringkat kebangsaan pada tahun lepas, dan pada masa itu, kasut bertutup yang saya ada sudah pun hampir reput kulit depannya...
Dan Alhamdulillah, kasut ini sangat selesa, sehingga saya boleh pakai sampai sekarang, ketika kaki saya dah mengembang dan menyembabkan diri... oh ya...usia baby dalam perut saya dah hampir 8 bulan.... tak sabar pula ingin berjumpa.

Ketika saya mengandung, saya tidak mengaplikasikan ilmu dari kelas mekap yg pernah saya hadiri. malah, saya langsung tidak memekapkan diri saya. Jadi, sejak saya masuk keje di tempat baru ni, saya hanya tampil pucat sahaja..hehehe... saya alergik dgn mekap ketika mengandung ... Pasti student-student saya sudah melabelkan saya sebagai pensyarah yang selekeh, dan pucat. Takpe..korang tunggu la nanti...Pn farah akan membuat comeback..korang tak kenal punya lah! (kalau la kembali ke bentuk asalnya...)

1 comment:

  1. Haha..pastinya Pn Farah akan kembali ke bentuk asal kerana DIVA pastinya akan pulang ke gagang (semoga bjumpa jalan pulang)..hehehe...

    ReplyDelete