Thursday, May 5, 2011

.: Komunikasi textual

Komunikasi secara text adalah sangat terbatas dari segala segi. Dalam masa yg sama, kadangkala komunikasi secara text adalah melampaui maksud sebenar.

Contohnya, jika anda perhatikan ayat di bawah:

Saya juga sayangkan awak.

Ayat ini boleh dibaca dengan pelbagai gaya, dan maksud.
Ia boleh dibaca untuk membawa maksud, si penulis ingin memberitahu, bahawa dia turut menyayangi orang yg ditujukan ucapan ini.
Dalam masa yg sama, kita turut boleh baca, bahawa si penulis ini menyayangi org yg ditujukan tersebut, tapi dalam masa yg sama mungkin menyayangi orang lain??? Banyak interpretasi dari ayat ini.

Seorang yg bijak pandai tidak seharusnya menjeratkan diri untuk terperangkap dalam situasi perangkap text ini.

Dalam pekerjaan rasmi contohnya, kita banyak berurusan menggunakan text. Jadi, ayat-ayat yg digunakan haruslah ayat yg rasmi. namun, tidak semua orang dapat mentafsir dengan tepat maksud ayat yg dikirimkan, sungguhpun ia ditulis dalam ayat yg sgt straight forward. Orang yg lebih dungu pula akan mengambil tindakan yg lebih tidak ceredik, mempertikaikan ayat/perkataan , daripada nak melihat isu yg nak diselesaikan.

jangan lah kita menjadi orang-orang yg suka membuang masa mempedebatkan benda-benda remeh. Kerana benda ini akan cenderung mengakibatkan perbalahan dalam sesebuah organisasi.

Biasanya, org yg suka memperdebat isu remeh ini adalah orang yg kecil hatinya, dan sayang akan pangkat dan kuasanya, mudah rasa dirinya seperti tidak dihargai oleh orang yg dia rasa tidak sepangkat dengannya. Dia rasa dia lebih, dan dia nak menang saja.

Rendahkanlah diri kita apabila berurusan secara rasmi walaupun kita seorang Pengarah, atau CEO sekalipun. dan memang itu lah yg sering kita lihat. Seorang yg berpangkat tinggi memang selalu merendah diri. Berbeza dgn orang yg memangku jawatan sahaja...tapi tidak semua. Ada juga yg sentiasa rendah diri walaupun tidak berpangkat..hehehe.

Jadi, moral of the story, kita kena sentiasa ingat, tak semua orang buat ayat macam kita dalam surat rasmi. dan kita kalu buleh tak payah lah nak sensitif sgt dengan ayat-ayat atau perkataan-perkataan yg sudah tentu lahir dari org biasa, bukan sasterawan negara atau seorang penulis ucapan perdana menteri. jadi, LIHATLAH ISU YG HARUS DIJAWAB.

No comments:

Post a Comment