Tuesday, May 31, 2011

.: kalu ikutkan keje..bila nak cuti??

Tajuk di atas, nampak sgt saya dah tak sabar nak bercuti panjang..hmm..seronoknya dapat cuti bersalin 3 bulan.

Kalau nak diikutkan kerja ni, tiap-tiap minggu sekarang ni kononnya cuti dibekukan, bagi memberi laluan untuk taklimat itu dan ini. Masa saya sekeluarga duduk sabah dulu, rasanya lagi sakan kami cuti. Jadi, saya hari ni nekad membuat keputusan, dan saya dah isi borang cuti rehat dah, nak balik kampung bawa anak-anak jumpa tok nenek. Saya tengah tunggu Ketua Program dan Ketua Jabatan saya masuk ofis. Sekarang ni diorg sibuk dengan kerja masing-masing di luar sana.

Cuma satu hal saja melemahkan semangat saya untuk balik kampung. Saya tak sanggup meredah perjalanan yang lama itu... hampir 8 jam juga kalu mengikut pemanduan berhemah suami saya tu. yang 8 jam tu satu hal, yang nak mengasuh budak berdua tu lagi satu hal. Biasanya, mereka sekurang-kurangnya akan berkonflik sesama sendiri lebih kurang 2 kali dalam sejam secara puratanya. Haih..rasa macam nak bagi ubat tidur je atas kereta tu..hahahha.....

Biasanya, konflik yang dicetuskan adalah berkisar tentang perebutan mainan (walaupun mainan adalah cukup kuota untuk masing-masing main), perebutan tempat duduk (duh...walaupun tempat duduk tu adalah amat luas sekali, nak juga berebut kat satu tempat tu), perebutan kuasa untuk berdiri di tengah-tengah antara kerusi pemandu dan kerusi mama, perebutan kuasa nak main buka tingkap, perebutan kuasa nak duduk depan, lawan mulut, lawan tangan, lawan tindih-tindih dan banyak lagi.

Itu semua harus dilalui untuk 8 jam... babah sudah bagi idea, untuk memasang pemain video atas kereta. Saya tak nak. Sebab nanti, masalah tak selesai juga..nnti tambah masalah baru lagi.

Perkembangan Wafiy dan Maryam...

Maryam suka buat aksi wrestling. Kalau Wafiy sedang baring, dia akan lari menerpa ke arah wafiy, dan menghempaskan badannya di atas perut wafiy. kalau wafiy sedang berdiri, dia akan datang dari belakang, didakap dan cuba ditumbangkan pula. Sebenarnya, abg Wafiy tu boleh aje nak lawan. tapi, kerana wafiy mewarisi sifat-sifat mama yang lembut lagi penyanyang..(hehehe)... dia biarkan adik dia membuatnya begitu, sambil perlahan-lahan merengek meminta tolong.."mama...mama...tolong..tolong..adik ni suka macam ni..."

Biasanya, semakin wafiy merengek, maryam akan semakin galak mendera. Sebab itu lah, semakin hari Wafiy semakin tidak sabar nak dapat adik baru. yata-ayat wafiy..
"Mama, bila adik wafiy nak keluar..wafiy dah tak suka dah adik yang maryam ni.."
"Mama..wafiy nak adik yang cantik...."

Heh heh heh... tension pula wafiy dengan maryam. Sabar lah ye abang wafiy... bila maryam dah besar sikit, harap-harap dia akan jadi lebih lemah lembut dan sopan santun....

No comments:

Post a Comment