Thursday, May 5, 2011

.: Jika ada kuasa

Jika kita diberikan sedikit kuasa di atas dunia ni, gunakanlah kuasa yg ada tu untuk mempermudahkan urusan orang ramai.
Jangan pula kerana kita ada sedikit pangkat, kita dengan mudahnya memperkotak katikkan orang. memaksa orang menghormati kita, sedangkan kita tak fikir pun nak hormat perasaan orang. Fikir nak suruh orang je hormat dan kira perasaan dia.
Orang yg angkuh dengan pangkat yg ada tak akan lama pun. Lama-lama akan tersungkur juga. Lebih-lebih lagi kalu pangkat itu cuma dipangku saja, belum yg hakiki.
Mentang-mentang berkuasa, budi bicara ditolak ke tepi, semua nak ikut protokol. Biar nampak jelas kekuasaannya.
Segalanya milik Allah, Dia Maha Berkuasa. Jika menganiaya orang, ingatlah balasan Allah.

No comments:

Post a Comment