Wednesday, May 4, 2011

.: Hikayat Merong Mahawangsa

Saya sempat menonton cerita ini bersama suami dan anak-anak pada mingggu lepas. Saya teruja untuk menonton hasil kerja KRU ni sebab saya nak tgk hebat mana kah mereka buat filem epik ni.

Tapi, tumpuan saya sedikit terganggu kerana saya menonton sambil mengasuh anak-anak, agak berbeza menonton cerita masa saya bujang dulu, di mana saya boleh feeling2 dan menjiwai watak, sehingga boleh rasa sayalah pelakon dalam itu gambar.

tambahan pula saya nak kena tafsirkan mengikut kesesuaian tahap pemikiran anak saya bila anak saya yg berumur masuk 4 tahun tu asyik bertanya kenapa dan kenapa begitu dan begini. Otak saya terbahagi dua, dalam nak memahamkan cerita, dan ingat plot lepas dan kesinambungan dgn plot akan datang, dan juga soalan anak saya yg tersimpan juga dalam cache memory saya.

Berbalik pada Hikayat ni... saya rasa, hikayat ini digarap dengan sederhana sahaja. Saya tak ada rasa suspen atau sedih, atau gembira atau apa saja perasaan yg terlampau sepanjang menonton hikayat ni. Persembahannya mendatar sahaja. Tak ada punch line.

Walaupun hero dia hensem juga kalau dia kemaskan sikit rambut dia, namun jua gagal untuk buat saya menonton kali kedua. Berbeza dengan cerita Hantu Kak Limah yg saya tonton berulang kali walaupun hero-hero dia tak ada la hensem sehensem hero Hikayat ni. (maaf ye Johan and the geng....hehe).

Biasanya, filem yg meninggalkan kesan di hati akan membuatkan kita bercakap mengenainya, samada kita mengulas tentang sesuatu scene yg terberkas di hati, ataupun kita mengajuk balik dialog dia ke.... tapi ini tidak berlaku selepas saya menonton Hikayat.

Berbeza dengan hantu kak limah yg telah menjadi fenomena luar biasa, hatta dalam kelas saya sendiri, pelajar-pelajar asyik mengajuk cara angkat tangan si Yusop Wheelcha tu...  walaupun filem tu nampak sgt tak menelan belanja jutaan ringgit malaysia pun, sebagaimana Hikayat ni.

Apa pun, kalau anda nak menonton Hikayat ni, saya tidak menghalang, sebab masing-masing ada penilaian sendiri. Kalau lah anda menonton Hikayat ni, dan didapati ia sgt best, amat berbeda dgn apa yg saya tulis ni, anggap lah taste kita tak sama.

Akhir kata, saya sgt benci filem hantu dan filem seram. Ntahapahapa kejadahnyer nak buat citer hantu bagai tu... kalau nak buat citer hantu, buat citer macam hantu kak limah tu .... yg tu saya suka..heheheh.

No comments:

Post a Comment