Wednesday, May 25, 2011

.: Cerita Ikhlas

Berziarah blog ke blog, saya tertarik dengan kisah ikhlas dari seorang blogger yg agak sempoi yg kini blog beliau sudah berkurangan elemen laranya.

Kesimpulan dari penulisan beliau, hanya Allah saja yg tahu, org tu ikhlas atau tidak. Memang betul, kadang-kadang kita rasa kita nampak orang mcm ikhlas je tolong kita kan... mungkin benar dia ikhlas. Mungkin tidak. Kita tak boleh nak kata , sbb mungkin masa kejadian, dia tak ikhlas, tp lepas kejadian, dia mengikhlaskan diri (lepas baca majalah solusi, atau lepas dgr tazkirah kat mesjid). Boleh jadi juga dia ikhlas ketika kjadian, tp atas hasutan pihak-pihak tertentu, dia bertukar menjadi tidak ikhlas???

Ikhlas yg paling payah, ikhlas dalam beragama. Kalu dgn manusia, buleh lagi nak berlakon. Tapi dengan Allah? Saya dengar nasyid kumpulan MawaddahKecil, (sekumpulan kanak-kanak yg sgt comel, bernasyid...saya beli CD tu untuk bagi anak-anak saya dengar, tp nampaknya, saya turut terdakwah sekali dengan budak-budak ni..masya Allah....) dalam nasyid tu, antara baitnya...
.
.
.
      (oloh..xingat pulok..)
Tapi, bait nasyid tu kata, kita takleh beramal sebab nak syurga, atau sebab takut neraka..tapi kita buat apa-apa ni hanya Lilliahi Taala..kerana Allah semata-mata... buleh gitu? Mesti terselit juga sikit dalam hati, buat apa-apa ibadah, nak pahala... Memang la Allah bagi pahala sebagaimana janjiNya, tp semua tu adalah diantara rahsia-rahsia Allah.. mulai hari ni, kita buat apa-apa, hatta nak kentut pun, mesti kerana Allah. Tuluis entry ni pun kena kerana Allah.... guane?? ok lagi?

Tazkirah suami saya yg mithali pagi tadi, ada kaitan juga dengan ikhlas jika nak saya kaitkan. Beliau berkata (sambil melurut-lurut janggut beliau) , kita kena takutkan syirik kecil...sebab syirik kecil ni jauh lebih dasyat dari dajal. (Dajal pun saya tak tahu mcm mana dasyatnya..tapi saya bayangkan...memang dasyat)... Beliau seraya menyambung, dan saya mendengar dengan patuh seperti seorang isteri yg solehah gitu... (dalam hati bertanya "panjang lagi ke agak-agak??") Iman kita ni, kena sampai tahap, tengok duit 10sen, sama jah dengan tengok duit RM10... tengok anjing dan kucing pun...sama saja.

Maksudnya...

Kita tak boleh yakin, duit banyak bawa manafaat lebih dari duit yg sikit... anjing lebih memberi musibah berbanding kucing. Keyakinan mesti pada Allah, bahawasanya Allah yg memberi manfaat, dan Allah jua yg mendatangkan musibah... duit dan kucing/anjing tu adalah makhluk. Kalau kita yakin pada makhluk tadi yg boleh bawa manfaat atau musibah, kita dah melakukan syirik kecil. Sama juga dengan kes kalu kita kata, makan banyak lagi kenyang dari makan sikit...sebab kenyang tu Allah yang punya kuasa.

Semalam, kakitangan kerajaan dah selamat hoye-hoye masuk gaji. Ada yg masuk 4 angka, 5 angka..berjenis-jenis angka yang masuk. Tapi, adakah orang yang masuk gaji lebih banyak angka itu lebih kaya dari orang yg angkanya agak ciput? Boleh jadi....
Hanya Allah yang tahu, kerana, kadang-kadang kita dapat bonus berangka-angka pun habis sebab tayar kita terbelah sebab ada makhluk mana tercicir parang kat tepi jalan.

Jadi, ikhlaskan diri kita buat apa-apa kerana Allah taala..(walaupun kita terjerumus dalam masalah besar kerna menolong orang sekalipun. walaupun kita berkorban jiwa raga untuk kebahgiaan orang lain..ikhlas..ikhlaskan.....)

No comments:

Post a Comment