Monday, May 23, 2011

.: Celaan itu penawar, pujian itu racun

Begitu lah lebih kurang tajuk artikel dalam majalah Solusi. Dalam artikel tersebut, penulis telah menyatakan bahawa, dengan syarat kita pandai mengubah celaan itu menjadi satu pembakar semangat untuk kita perbaiki diri.
Kalau kita renungi hari-hari dalam sejarah kehidupan kita, tentu sekali kita pernah berkali-kali dipuji, malah juga dikeji. yang mana yg lebih memberi impak yang mendalam?
Kita memang suka dipuji, tapi, pujian itu hanya akan membuat kita leka saja, dan tersenyuuum aje memanjang, asyik duk teringat pujian tersebut yg belum tentu benar atau palsu.
tapi, cuba sekali kita dikeji. Kalaupun tak benar pun kejian tu, kita akan rasa memberontak (dalam hati), dan kita rasa sangat tak puas hati, hingga rasa nak mengadu dan menulis emel kepada Perdana Menteri je rasa.
Dan kita berazam untuk memperbetulkan apa saja cacian orang tu pada kita. Itu lah penangan cacian terhadap hati, perasaan dan tindakan kita.
Yang terbaik, kita jangan melatah dan marah pada orang yg caci kita tu. Kita patut berterima kasih, kerana Allah telah memberi peluang untuk kita buat pahala bersabar, dalam masa yg sama ia juga satu kesempatan untuk muhasabah diri.
Tapi, mana-mana manusia pun tak akan suka dikeji, dicela dan dicerca. Ingatlah, semulia Nabi pun dibaling najis oleh kaum kafir yang menentang Baginda. Jadi, kita manusia biasa ni, redha lah. Perbaikilah diri selalu..

Nasihat untuk diri sendiri...perkongsian untuk semua.

No comments:

Post a Comment