Saturday, May 21, 2011

.: Buleh ke gitu?

Jadinye kan, masa saya berkursus tu kan, ada la peserta2 dari poli lain ... ada dari JB, ada dari Pahang, ada dari area KL je... so, buleh la jumpa pensyarah2 poli lain laa...

Bila dah berkursus berhari-hari ni kan, macam2 cabaran la akan berlaku. cabaran berjauhan dengan keluarga la yg paling besar. Dalam banyak2 peserta tu, mesti ramai kaum ibu. Salah seorg peserta tu, ada baby dalam 4 bulan gitu umur babynya. memang semanagat..nyusu badan. dah maknya kena kursus 5 hari kat KL, haru juga dipikirkan nak tinggalkan anak yg menyusu badan ni. tapi tu la cabaran wanita/ibu bekerja. Itu la letaknya pengorbanan kita pula dalam berkerjaya. Tindakan yg paling biasa, baby tu terpaksa la ditinggalkan, ye la, kita kena ingat, bukan kita je yg ada anak, ye dak?

jadi, peserta tadi dengan tidak bersalahnya telah membawa anaknya, bersama adik perempuannya sekali untuk jaga anak dia semasa dia berkursus di siang hari. Masalahnya, adakah dia bayar harga satu bilik tu? Sebab, utk pensyarah level DH41 ni, bilik kena kongsi 2 orang. So bila dia bawak adik dia duk sekali dgn dia utk jaga baby tu, kena fikir la, kawan yg sebilik tu ok ke tidak, ye dak? Saya dengar, teman sebilik dia telah lari cari bilik lain. He he he... nasib baik tak jadi isu besar.

Dalam kes gini, sepatutnya dia cari la member awal2 utk sudi berkongsi bilik dgn dia dan adik dia. Tapi, still benda ni tak sepatutnya jadi, kecuali dia bayar sendiri la bilik dia, sebab kursus ni ditaja kerajaan. pastu, saya nampak, adik dia pun turun makan sama2 kat caffe hotel tu. Tak tahu la mcm mana, tp nampak macam makan free macam peserta lain jugak le. tak tau la saya kut dia bayar utk adik dia makan situ. Hari first tu adik dia makan maggi je dlm bilik. Kesian pulak. Desperate betul bergelar ibu ni.

No comments:

Post a Comment