Monday, May 16, 2011

.: Belajar Tajwid

Byk betul kekdah belajar tajwid sekarang ni. Ini menunjukkan betapa ilmu tajwid telah berkembang dari segi methodologinya, sekaligus memartabatkan lagi bidang atau cabang ilmu yg satu ini.

Saya amat bersyukur, kerana saya telah dijumpakan dengan ramai ustazah-ustazah yg berkualiti yg telah berjaya menerapkan ilmu takwid ni dalam jiwa dan minda saya. Walaupun hanya dengn cara tradisional.

Saya mula belajar tajwid secara formal semenjak saya sekolah rendah lagi. Seingat saya, saya mula serius belajar tajwid masa saya darjah 4. Saya sangat minat matapelajaran agama Islam. Ustazah tu memang pandai mengajar. Tak lupa juga ustaz-ustaz yg pernah ajarkan saya ilmu tajwid. Saya amat berterima kasih pada anda sekalian, kerana dgn berkat ajaran anda semua, saya berkesedaran belajar tajwid.

Secara tidak formal juga, saya amat bersyukur kerana saya jumpa pengajar ilmu Al-Quran yg fasih, dan betul tajwidnya. Saya tak pernah kisah dengan kaedahnya, kerana pada masa saya belajar itu, saya cuma nak tuai ilmu sahaja. Saya cuma belajar secara tradisional sahaja, tiada teknik-teknik khusus. Yang penting, semua Tok Guru Al-Quran saya adalah orang2 yg fasih sebutannya, betul makhrajnya, dan tepat tajwidnya. Sebab itu lah kita mesti berguru dengan Guru yg baik. kalu berguru dgn tok guru yg telor, makanya, telor lah jua sebutan kita.

Saya berpendapat, sekiranya Allah ingin menganugerahkan sesuatu ilmu, kita akan dapat, tak kira la apa kekdah sekalipun. jadi, sekiranya anda rasa tak dapat2 juga ilmu yg anda nak pelajari, jgn serik mencuba..mana lah tahu, ada teknik2 baru di pasaran yg sesuai dgn anda.

Ilmu tajwid ni bagi saya tidak susah. ia memang mengikut fitrah kita. Saya berpendapat, ilmu tajwid itu hanya utk mempermudahkan bacaan dan sebutan kita ketika kita mengaji. Bukan untuk memperpayahkan. Buktinya, saya pernah belajar dgn seorg tok guru, yg tidak pernah menyatakan apakah nama hukum tajwid bagi kalimah yg saya bacakan, beliau cuma memperbetulkan panjang pendek idgham sahaja. hasilnya, walaupun tak tahu nama hukum, lama2 cara bacaan itu jadi sebati. namun, dengan mengetahui nama setiap hukum tajwid yg dibaca, kita mendapat byk kelebihan lain, seperti kita akan lebih yakin dalam bacaan kita seterusnya.

1 comment:

  1. nasib baik la zaman skolah rendah dulu sempat menuntut ilmu2 tajwid ni tp tu la klu x selalu mengaji makin lama senang nk lupa.

    ReplyDelete