Tuesday, May 3, 2011

.: Bagusnya Iqra'

Saya adalah generasi yg pandai baca Qur'an bermula dari Muqaddam. Muqaddam atau saya panggil jugak Qur'an Kecik. Zaman saya dulu belum ada Iqra' lagi. Tapi pandai juga saya kenal Alif Ba Ta...

Jadi, untuk anak saya si Wafiy, saya juga nak guna kaedah sama. Tapi, saya dapati, anak saya sgt mudah jemu dengan sistem Muqaddam ni. Kemudian, saya rasa dengan menggunakan sistem muqaddam tu, tak ada unsur-unsur kreatif atau permainan. Sebab tu boriiiiiiing aje. Mungkin masa usia saya dulu, zaman dulu tak ada permainan banyak sangat, tak pandai lagi saya nak boring. Budak2 sekarang, mainan macam2 pesen, jadi, kalu kita tak nak ajar versi kita dulu, memang lah agak ketinggalan. Tambahan pula, budak lelaki ni kan suka pembelajaran berasaskan main-main... (ye ke?)

Saya tidak berkesedaran langsung utk belikan anak saya set buku Iqra', sehinggalah Wafiy sendiri yg mintak... dengan ayat yg sungguh meruntun kalbu... "mama..beli la wafiy buku Iqra..kat sekolah wafiy baca yg Cik Siti punya..yg dah koyak-koyak tu.." hehehe...sedih dak baca? hehehe..pandai wafiy psycho kan mama....

lalu, dengan perut besar, jalan tersenget-senget, mama menapak jugak pegi cari buku Iqra'. dalam hati masih duk merungut juga, apa sangat la speselnya Iqra' tu? Aku dulu tak pakai Iqra' pun, kenal jugak hurufnya. Aahh..beli je lah, bukan mahal pun.

Sesampai je kat rumah, wafiy dengan tak sabar-sabar buka buku Iqra'. Dengan fasihnya dia sebut semua huruf-huruf yg disusun rawak tu. Masya Allah... selama ni, rupanya wafiy ni dah kenal Alif Ba Ta la rupanya. Siap dengan sebutan bunyi segala. Pendek kata Iqra' 1 tu habis dlm satu hari laaa...

Tak sabar nak ajar Iqra' 2 pulak. Iqra' 2 tu macam menyambung huruf. Takpe, give him time. Biar dia rasa seronok dengan Iqra' 1 tu. Memang jelas nampak self-esteem dia naik bila dia dapat sebut semua huruf tu dengan jayanya. Patut la dia boring yg amat bila suruh ngaji dgn muqaddam. MuQaddam tu terlalu skema. hehehe.....sesuai untuk orang-orang skema macam mama. ahak hak hak... tapi, dalam kekaguman mama dengan Iqra' tu, mama yakin, sebenarnya wafiy mengenal huruf bermula dari Muqaddam tu je. Iqra' tu hanya menambah unsur-unsur latihan mengenal huruf.

Jadi...kepada parents yg masih berdegil nak guna muqaddam, cuba la bagi Iqra'. Anda pasti kagum !

2 comments:

  1. nampak gayanya pemikiran kita sama sbb masih mengekalkan muqaddam. ramai bdk yg guna iqra pandai baca sbb hafal tp tak kenal huruf. wafiy terror sbb dh kenal alif smp ya.

    ReplyDelete
  2. alin, nampaknya alin kena cuba Iqra' ni. Sebab susunan huruf dlm Iqra' tu memang rawak2 kawin2, mustahil budak hafal..kalu muqaddam tu kita pun kdg2 terpikir anak kita tu kenal huruf ke hafal je... tp, muqaddam tetap di hatikuuu....

    ReplyDelete