Sunday, May 22, 2011

.: Aktiviti hujung minggu ini

Hari ni, Ahad...seperti semalam, kami tak ke mana-mana. Rasanya, syok sgt dapat duduk rumah. Hari ni, laundrykan semua sarung bantal, dan juga cadar, comforter semua...

Dan satu lagi, misi membasuh baju2 baby sudah bermula. Setelah berkesedaran bahawa saya dah hampir due ni, saya mula memikirkan kelengkapan saya dan baby baru nanti.

Alhamdulillah, nak beranak kali ni tak banyak belanja pun. Ada beberapa helai saja baju baby tambahan yang baru beli. tak tahu jantina lagi, jadi, standby yg unisex punya. Andai kata macam kakak dia, baju2 kakak dia si Maryam tu berlambak lagi. Andaikata mcm abg dia, nampak gaya mcm nak kena beli la lagi, sbb kebanyakan baju Wafiy time baby dah selamat dibagi orang.

Cuma nak kena beli pampers newborn laa...dan juga kapas... dan juga bakul baju baby. Almari semua dah penuh dengan baju wafiy dan maryam. Haih... kena buat program pemutihan almari nampaknya. yang mana dah tak muat tu, sila masuk kotak sekejap sementara menanti waktu untuk diguna kembali (atau di let go).

Saya juga kena packkan baju saya sehelai dua... balik dari spital nanti mesti kena nampak vogue dan bergaya. Takkan t-shirt dengan kain batik je kan?? jadi, harus la saya sediakan satu blouse dan skirt yg bersesuaian untuk buat 'come-back-to-home-with-baby' dengan bergayanya. hehehehe...

Tak dilupa, atas kereta nnti mesti disediakan baby car-seat...mana la tahu, penat pula nak mengendong baby tu. (sebelum ni pegang je, tak nak berengggang dengan baby).

Oh ya, untuk mengelakkan kejadian pengsan pengsan selepas beranak nanti, saya perlu bawa bekalan makanan dan minuman pemberi tenaga extra! saya cadang nak bawa susu kambing segera tu beberapa sachet (sekotak pun takpe), dengan biskut-biskut dan roti. Biar la saya melantak banyak pun, asal saya kekal cergas bertenaga. Kesian mak saya, panik beliau kalu saya lembik.... hehehe...

Saya agak, saya akan overdue dan melahirkan baby yg besar juga, kalu mengikut trend yg sedia ada ni. Dan biasanya, bila dah bay besar ni, saya akan mengalami kurang darah. jadi, saya merancang untuk sekali lagi induce pada tarikh saya due tu andaikata tiada tanda2 mau keluar juga baby ni.

Akhir sekali saya berharap, kelahiran baby saya yg ketiga ini dipermudahkan, dan semuanya selamat.

2 comments: