Monday, April 11, 2011

.: We were at Putrajaya

Gembira anak-anak dpt bersama tok ayah dan tok umi, walau cuma 2 hari. Dan juga MamiNa dia.
2 hari yg cukup bermakna untuk si wafiy dan maryam..dan saya juga.
Maryam masih lagi duk tanya "Mane Tok Ayah..mane tok umi..mane mamiNa". Jenuh juga saya nak menjawab. Nasib baik dia tanya aje dgn gaya manja..kalu dia tanya sambil meraung..haru juga jadinya. Wafiy tak tanya, sebab dia dah cerdik. Cakap sekali dah paham la dia.

Di Putrajaya, kehadiran datuk dan nenek jelas memberi impak berbeza pada cucu-cucu ini. Langsung tak diendahkan mama. Asyik nak cari perhatian saja. Tidur lambat, suka bergaduh, suka buat perangai laa... ada satu malam tu, puas saya dan tok umi budak-budak ni pujuk tidur, tak mau juga tidur. Muka langsung tak de tunjuk tanda-tanda mengantuk nak tidur. padahal dah tengah malam. Saya cakap dengan tok umi, mungkin sebab ada tok umi kot? Tok umi dia lalu terus masuk tidur. Elok-elok sajatok umi takda, mood terus bertukar..semua masing-masing merebah kan badan ke tilam dan mula meminta susu masing-masing, nak tidur. Lampu dimalapkan. TAPI! Tiba-tiba tok ayah datang mejenguk.... mood nak tidur terus bertukar ceria! masing-masing bangun melompat seolah-olah pagi sudah pun menjelma. Haih! Naik juling bijik mata mama ni tahan mengantuk. Bila tok ayah dah nak tidur, muka masing-masing baru bertukar mood...maka tak sampai 2 minit terus ketiduran. Hmm..mengantuk sangat... tp cover. Boleh gitu ek?

Lain ye pe'el budak-budak ni dengan datuk nenek dan mama babah. Datuk nenek rajin sgt melayan agaknya? Tok Ayah tu, tak abis-abis duk dukung maryam. Kata tok ayah, Maryam ni mek jangok (suka melawa)... dapat dikenalpasti dari cara Maryam mengusap rambut yg jatuh berjuntai di dahinya. Begitu juga dari gaya Maryam menyapu losen ke betisnya.. Mama dah tgk hari-hari, tak ada pulak terpikir anak mama ni jangok. Bak kata Tok Umi, macam gaya orang perempuan zaman-zaman dulu menyapu bedak sejuk ke muka...ahahahah...lucu pulak. Gaya maryam menyapu air mata menggunakan lengan baju turut disinonimkan dgn gaya klasik wanita dahulu. Heh heh heh... tak pula mama terpikir. tapi bila dipikir, wafiy tak buat gaya-gaya tu semua..tapi wafiy kan lelaki. kalu dia buat gaya tu, oh no..i'm in a deep shit..heh heh heh. Tapi, mama lebih nampak kelasakan dan keaktifan maryam. Itu rasanya lebih terserlah ketika tak ada orang yg luarbiasa di sekeliling. Tapi, bila ada tok ayah dan tok umi, Maryam bertukar ayu pula.

Babah mengabadikan kenangan di Putrajaya dgn macam-macam bedilan dari lensa dslr beliau. Gambar sebelum subuh di masjid putrajaya yg sgt syahdu sekali. Dan gambar di jambatan putrajaya tu. First time bawa babah jalan di Souq kat masjid Putra tu... babah rupanya tak tau pun bawah masjid tu ada Souq. Hehe... sorry ye babah, baru terpikir nak bagitahu. Lagipun, tempat tu tak best sgt pun, makanan agak mahal. Ramai pelancong China pula. Seksis ..skirt pendek-pendek.... rimas mak, nyah! Nasib baik babah tak bersiul..hik hik hik. Malu pada janggut.

Seperti biasa, kalu dah ada kat Putrajaya, malam nya mesti rs nak gi Alamanda. Gi pusing-pusing pun jadi lah. tapi, kalu bawak si Wafiy, mana buleh pusing-pusing saja. Masuk Toys'r'us tu, disambar Ben10, disambar spiderman..kopak mak, nak.Nasib baik Maryam menggelengkan kepala bila di offer barbie. Selamaaaaattt. Kenapa dia tak suka Babie ek? Biasa budak pompuan kan suka anak patung?? Dia asyik nak rebut Ben10 wafiy pula. Tu la budak-budak, kan. Suka benda kat tgn org. Tapi, dulu bila ingat-ingat balik, kawan Wafiy, si nasya pun mana ada sgt mainan budak-budak perempuan kan? Siap ada Ultraman sebesar-besarnya... tak pe lah. Barbie pun mahai jugak.

Pastu, mcm biasa, beli ais krim McD yg sedap tu sambil jalan-jalan. Disebabkan bateri mak ni tak tahan lama, jalan-jalan sekejap je...nasib baik juga Alamanda tu dah nak tutup. Ada alasan ajak budak-budak balik. So...balik tu, semua dah ngantuk...terus tidur.

Sekian catatan hujung minggu baru ni.

2 comments:

  1. wahhh skang ni putrajaya dah jadi tmpt persinggahan utama yer hehe.. best la tu skali skala bw diaorg jln2.

    maryam tu nk tgk dia jangok betul2 tunggu la dh bsr 3 4 thn mcm nasya nnt. time tu dh pandai nk minta main masak2, nk mekap2, nk barbie haha.. tunggu dan lihat je sbb skang ni dia x pandai nk demand lg. janji ada mainan dia belasah je.

    ReplyDelete
  2. pulok?? aduuu..mcm mana la gaya nasya minta mekap ye?

    ReplyDelete