Thursday, April 7, 2011

.: Telur ayam tiruan

Ya Rabbii.... ini memang dah melampau-lampau tau senah.
Kalu setakat baju tiruan, handbag tiruan, atau kasut tiruan, mak tak pernah nak amik kisah pun. Kalu berkenan, mak pun tumpang sambar satu.

Tapi, kalu bab makanan, minuman, memang melampau la nak diinovasikan juga jadi tiruan.

Ni bukan kes telur omega yg ditambah zat dan khasiat. Ni totally telur tu palsu. Dari kulit, sampai ke isi..semuanya kimia. Semuanya palsu. Tak tulen , nyah! Tak tulen.

Macam mana la penduduk dunia tak kena penyakit pelik-pelik kalu dah mcm ni kekdahnyer? Kalu dah telur dia buleh buat tiruan, lepas ni agaknya, dgn daging ayam pun dia buleh buat tiruan jugak agaknyer?? Buleh pulak dia export mai negara orang pulak tu? Apsal dia tak makan aje? Macam lah dah tak ada ayam dah dlm dunia ni nak bertelur??

Senah2 semua, hati-hati lah dgn telur tiruan ni. Dah ada dah kat Penang sana. Ntah-ntah, sekarang ni ia turut berada dalam jabir rokrak atas kabinet dapur anda, atau telah cantik tersusun di rak peti sejuk anda??? Makanya, mcm mana nak kenal telur tiruan ni?

Menurut beberapa mangsa yg telah terbeli dan termakan telur ni, saiz telur dia agak besar..dan tekstur dia memang berbeza... cuba senah2 semua google...mak tgk rupa dia mcm telur masin mentah pun ada. Dan pada firasat mak, rasa dia sudah tentu sgt berbeza dari yg asli. Tapi, mungkin kalu kita tak pernah dgr pasal telur tiruan ni, kita tak amik pusing pun kalu satu pagi yg indah kita pecahkan telur utk buat telur goreng mata kuba, kita tgk lain macam je kan. Kita akan teruskan menggoreng dan meng'ngap' aje. Lepas ni, jgn main goreng je tau!

Mmg benarlah, manusia tak akan mampu membuat dan meniru ciptaan Allah. Pasti ada cacat celanya.

1 comment:

  1. biar betul telur tiruan dh ada kt m'sia. ishhkkk.. apa la rasa telur tiruan tu yer.

    ReplyDelete