Wednesday, April 13, 2011

.: Sesuatu yang sukar difahami...

Bagaimanakah rasanya memberikan anak untuk dijaga oleh mak dan ayah? Berbloghoping byk membuka mata dan perasaan juga, baca kisah-kisah orang ni.

Semua yg saya baca mengatakan, keputusan dibuat adalah demi kebaikan anak tersayang. Susah untuk saya fahami, sebab situasi saya belum pernah menguji saya sebesar itu. Saya bukan ibu tunggal, dan saya juga tidak berjauhan dari suami...saya juga bukan masih belajar (di overseas lebih-lebih lagi), dan saya juga mampu untuk mengupah pengasuh/taska/nursery untuk anak saya. Jadi, kedaan saya belum cukup kritikal untuk saya menyelami perasaan itu.

Tapi, saya pernah melihat ramai wanita yg dalam keadaan seperti yg saya nyatakan di atas, tapi masih cekal menguruskan anak sendirian tanpa perlu melibatkan orang tua. Contohnya, mak saya. Masa mak saya muda-muda dulu, saya masih kecik, ayah saya kerja jauh. Ayah saya kiranya PJJ la dgn mak saya. Tapi, mak saya tak bagi datuk dan nenek saya jaga saya pun. Mak saya juga bekerja..mak saya nurse. Kerja tak kira siang malam. Tapi, boleh je jaga saya adik beradik. Mak saya pun bukan gaji besar, tp mak saya buat segala yang terdaya supaya dia boleh menggaji pengasuh jaga kami kat rumah masa mak saya gi kerja. Mak saya boleh je jaga saya tanpa ayah saya di sisi. Dan mak saya tak pandai bawa kereta pun! (kereta pun mungkin tak ada?) Kenapa mak saya boleh survive? Seingat saya, tak pernah sehari pun kami ditinggalkan pada datuk dan nenek.

Bukan mak saya saja, tapi ada juga kawan saya di Sabah. Suami dia kerja di semenanjung. Saya lihat dia mengandung sorang-sorang... masa bersalin, suami dia ada la datang teman, duduk seminggu dua..pastu dia balik berpantang kat kampung. Habis pantang dia datang sorang, mungkin sebab baby kecik sgt. Tapi, bila baby dia dah 4-5 bulan gitu, dia bawak ke Sabah. Dia survive. Pernah anak dia tersimbah air panas, melecur satu kaki dari paha ke jari kaki, dia yg rawt sendiri, tak tidur malam. Dia sendirian. Di Sabah nun jauh dari semua ahli keluarga, dan juga suami. Dia tak tinggalkan lagi anak dia pada datuk dan nenek anak dia. Dia seorang pensyarah, yang dalam masa yang sama sedang sambung belajar. Bayangkan kecekalan beliau. Sekarang anak dia dah nak masuk 2 tahun. Pernah juga anak dia menanghis sepanjang malam kerana 'ternampak' sesuatu di atas siling rumah. Dia masih tak patah semangat. Dia buat apa terdaya. Dia masih menjaga anak dia sendirian. Sekarang, dia cuba apply pindah ikut suami.

Dia boleh, kenapa anda tak boleh?

Ada juga jenis datuk dan nenek yg tak sanggup tgk anak diorg jaga cucu sendirian, lalu bermurah hati nak jaga. memang... saper tak sayang cucu kan? Tapi, kesian kan bila tgk datuk dan nenek yg kena jaga 100% cucu ni.

Ada juga kes yg tak mampu nak gaji pengasuh, contohnya kalau yg belajar overseas, dan memang dah tak ada pilihan dah. Nak gaji pengasuh, yuran dia dah ribu-ribu. Tapi nak kena gi kelas. kalu mcm tu, boleh le saya faham yg budak tu perlu dijaga sementara oleh datuk nenek. kes macam ni pun saya pernah lihat, tp mak budak tu cuma bagi neneknya jaga time kritikal aje, mcm nak exam, nak present paper. Dicuba jugak nak bawak anak dia bersama bila keadaan dah agak lapang. Tak diserah 100% jugak le.

Jadi, menurut saya, selagi kudrat masih ada, jaga la sendiri anak anda, rasai susah senang mak ayah kita membesarkan kita dulu. Sakit demam anak tu la yg akan bagi kita rasa betapa mak kita dulu jaga kita dgn payahnya. jangan nak ambik anak time dah besar, dah senang nak jaga aje.

memang payah jaga anak kecik, lebih-lebih lagi sendirian. Saya pernah rasa ditinggalkan suami 2 hari gi kursus... 2 hari je! memang payah! nak hantar anak ke taska, nak buat kerja rumah...belum lagi nak melayan kerenah time nak shopping ke, nak gi klinik ke. memang payah. nak tinggal gi dapur pun pakat2 duk melilit kat kaki. tapi, dah anak kita, jaga la kan. kalu xnak jaga, xpayah le beranak. hehehe. t

tapi, kalu nak juga bagi datuk nenek jaga, tak payah la nak berkeluh kesah merintih rindu kat anak ye.... sekian.

6 comments:

  1. saya setuju...

    emak kita dah bersusah payah jaga kita, walau macam mana susah pun kita kena harungi, kena cari jalan atasi... lagipun emak kita dah tua dan letih, beri peluang mereka tumpukan masa untuk lipat ganda beribadat dengan selesa...

    ReplyDelete
  2. tp ada sesetengah nenek ni sanggup mintak nak jaga cucu sebab tak yakin kalu anak dia hantar cucu kat tempat pengasuh...takut dijaga sambil lewa..hihi

    ReplyDelete
  3. memang! alah, nenek2 memang sayang cucu. memang byk aku jumpa nenek2 yg mintak nak jaga cucu, siap bergaduh lagi sebab nak jaga cucu. tp, kita takleh la bagi nenek2 ni jaga 100%. Tolong2 tgk boleh laa... kesian diorg. penat wei jaga budak kecik.

    ReplyDelete
  4. nasib baik kt sini xde button like dan share klu tidak mau klik 10x nih.

    klu bab bg mak ayah jaga anak kita ni mmg la sy x setuju sgt2. buat apa beranak klu nk bg org tua jg. kt sini ramai kes camtu org tu bela anak si polan la si polan bela anak si polin la. ishkkk.. mmg den x gemor. sbb tu mak mentua minta nk jaga nasya mmg sy x bg sgt2 hehehe

    ReplyDelete
  5. paham la ye kirenyer...maksud saya kt sini, mak ayah amik anak kita terus duduk dgn dia ye..bukan yg mak ayah jaga time kita gi kerja tau... walaupun kalu buleh elakkan juga mak ayah jaga masa kita gi kerja dgn menggajikan bibik ker... budak below 2 years memang penat nak dijaga.

    ReplyDelete
  6. tapi..sy terpaksa hantar ke kampung anak saya bila saya kena outstation..no choice..sebab suami tak duduk sama.. :(

    ReplyDelete