Monday, April 18, 2011

.: Semak gula susu anak kita?

Macam-macam cara para pengiklan buat untuk tarik pembeli-pembeli untuk membeli produk mereka.
Bagi golongan ibu-ibu pula, sensitif betul dengan iklan berkaitan zat pemakanan anak-anak. pantang dengar bagus aje, terus gi cari.

Biasanya kita akan tertarik dengan iklan yg ada bersangkut paut dengan masalah kita. Contohnya, bila anak tak suka makan, Sustagen pun buat iklan kononnya susu dia tu lengkap untuk gantikan zat-zat makanan untuk anak-anak yg pemilih makan. Sedangkan bila kita baca betul-betul, ayat dia macam mengelirukan, bila baca ayat dalam tulisan kecik kat bawah tu dia kata "lengkap dengan beberapa hidangan makanan"... ntah lah, tak pasti la saya, yg penting , susu sustagen tu memang manis yg amat. Sempat baggi wafiy minum sekejap, sebelum bertukar pada pediasure.

Terbaru, iklan Anmum. Pendekatan anmum kali ni dalam usaha untuk menarik lebih ramai pembeli produk dia, dengan menyogok para ibu bapa dengan menakutkan ibu bapa tentang betapa byknya gula ibu bapa dah bagi kat anak-anak masing-masing. Dan Anmum adalah SATU-SATUnya susu tanpa gula tambahan. Dan saya telah mencuba kalkulator semak gula yg disediakan dalam http://www.semakgula.com/ , yg mana saya rasa macam something wrong somewhere la. Kalkulator tu cuma ambik jumlah karbohidrat per serving, of course lah pada perkiraan saya akan menghasilkan value yg banyak bg susu nutrisi pemakanan lengkap pediasure anak saya tu. Masa kita belajar bilology dulu, memang lah karbohidrat ni adalah sumber tenaga dari rantaian gula. kalu org tak belajar biology, bila dengar perkataan 'gula' tu terus kaitkan dengan yg tak bagus aje. kanak-kanak perlu karbohidrat untuk kekal cergas.

Apapun, terpulang pada kebijaksanaan ibu-ibu semua untuk menilai apa yg terbaik untuk anak-anak anda yg dah berhenti nyusu badan selepas 2 tahun tu ye. Pada saya, saya tak terpengaruh sangat dgn semak gula tu, sebab saya rs tu salah satu agenda para pengiklan untuk menarik pembeli.

** dulu saya tak minum anmum pun, minum susu lain... sihat dan dah grad universiti pun..heh heh heh.. tima kasih mak saya!

No comments:

Post a Comment