Wednesday, April 27, 2011

.: Saya kecewa sikit...

Sebab saya tak dapat pindah kuarters bawah.
Saya mohon untuk jadi warden, dengan harapan, dapat duduk di atas tanah.... juga gagal.
Saya dah banyak kali mengadap TPSA saya. Saya amat berharap beliau memahami. Tapi beliau seakan-akan meletakkan satu dinding penghadang untuk merasakan simpati dan empati terhadap saya.

Saya sudah cuba memahamkan beliau, betapa keadaan sekarang agak sukar untuk saya, dan dua anak kecik saya..dan bakal anak kecik lagi sorang. Sekarang ni pun saya rasa dah makin tonggek kerana hari-hari duk naik sampai 4 tingkat. Keadaan makin kritikal, kerana sekarang sudah masuk Mei. Saya kesuntukan waktu. Saya perlu segera pindah ke rumah yg lebih sesuai.

Saya juga merasakan, keadaan rumah yg tinggi juga satu faktor saya tak berharap sangat mak bapak saya datang berkunjung. Macam nak dera mak bapak saya pula. Saya akan segera cari rumah bawah.
Kenapa saya tidak mencari rumah di luar lebih awal? kerana saya tidak bercadang untuk lama di Tg malim. Saya tak mahu sewa rumah luar. Tapi sekarang, saya sudah patut mencuba menerima kenyataan ini, bahawa saya perlu dan terpaksa juga cari. Sebenarnya, sejak sebulan yg lalu, saya dan suami sudah mula meninjau-ninjau mencari rumah, sambil menunggu keputusan permohonan rumah warden tu. Tapi, masa tu, kami masih berharap untuk dapat rumah warden.

Sekarang? Ada satu persoalan bermain di minda .... rasanya dulu ada kawan suami saya, bernama Ustaz M, yg pada perkiraan saya macam nak tolong supaya husband saya dapat jadi warden. tapi didapati, jawatankuasa beliau la yg tidak meluluskan permohonan suami saya tu. Apa cerita??? Saya tak nak berburuk sangka, tapi saya dah terburuk sangka selepas saya mendapat perkhabaran ini dari TPSA saya yg bercakap dengan saya tadi macam acuh tak acuh saja.

Saya nak tahu sgt, siapa la yg akhirnya dapat menghuni rumah2 kuarters bawah tu ye? kalau la yg dapat tu pun jenis beranak pinak macam saya, saya tak ralat sangat. TAPI! Jika saya tahu org yg dapat kuarters bawah tu adalah org bujang bujangan.... sehat sehatan.... OH..There must be something wrong somewhere!

5 comments:

  1. wow...kritikal masalah ni..tak patut...tak patut! tu lah aku pun mcm kesian kalu family datang umah aku...nak sampai atas je 60 anak tangga kene panjat..kadang2 sampai diaorg ajak duduk kat parking lot jer coz x larat nak naik atas...huhuhu

    ReplyDelete
  2. aku xmau di cop demand..sbb bila aku nak mintak duduk bawah, dia tanya aku "rumah dah ada kan? haa..kalu ada, bersyukur. org lain ramai lagi takder rumah". tak tau apa patut aku cakap.

    ReplyDelete
  3. Sungguh kejam. Mungkin belum masa untuk dia lagi.

    ReplyDelete
  4. huhu.. can't imagine hari2 kena panjat tangga 4 tgkt.

    ReplyDelete
  5. sadisnya baca citer kau...rugi diorang tak ambil siddiq jadi warden.

    Yang "dia" tu pun patut fahamlah situasi org. takkan rumah bawah dah ada tidak boleh dibagi.Lainlah rumahnya takde disuruhnya buat.

    ReplyDelete