Tuesday, April 12, 2011

.: Sambung master??

Sebelum saya citer pasal saya nak sambung master, saya nak citer dulu, kat jabatan saya hari ni dgn jayanya telah buat makan-makan steamboat. Sedap sgt. Nyum nyum... Semalam baru diwar-warkan dan kutip duit bagi siapa nak join, hari ni terus jadi. Semua AJK on the spot. Mungkin sebab dah tak sibuk sgt..markah-markah pelajar pun semua dah selamat di unit exam, jadi pensyarah-pensyarah pun byk masa luang, walaupun saya tgk kebanyakan mereka tak ada la lapang selapang nya.

Jadi, berbalik pada topik saya ni, tengahari tadi saya gi dengar briefing dari wakil UTeM. Tiba-tiba saja saya berfikir untuk sambung masters. Sebelum ni, saya ada juga terniat, tapi tak terlaksana. Kerana banyak alasan. Berikut adalah alasan-alasan yg menyebabkan saya tak sambung master.
1. Saya convo degree 2006. Saya start keje 2007. Tak stabil apa lagi. Tak sesuai untuk menambahkan lagi ketidakstabilan itu. Dengan bila-bila masa boleh kena panggil Kursus Induksi pula. Tambahan pula bulan Julai 2007 saya melahirkan anak saya yg pertama.
2. Saya berada di Sabah. Bukan sebab di Sabah tak ada kemudahan, tapi saya selalu digesa untuk berpindah dari Sabah, macam mana saya nak sambung belajar pula? kan elok-elok dapat pindah, tak pindah pula sebab masih duk buat masters.
3. Tahun 2009, saya akhirnya berkursus Induksi. Jun 2009, anak kedua pula lahir. saya belum mampu buat keputusan utk sambung belajar, kerana keserabutan fikiran untuk minta pindah ke semenanjung.

Apapun, 3 alasan di atas hanya memperkukuhkan alasan saya yg satu ini, iaitu...Saya belum bersedia.

Kini, 2011..saya sudah tidak ada apa-apa alasan lagi untuk menangguhkan hasrat saya itu. Tapi, saya dinasihatkan oleh pegawai tadi, agar jangan mendaftar dulu untuk kemasukan mei ini...dia suruh saya tunggu anak ketiga saya lahir, kerana anak saya due bulan Julai. Sbb nanti masalah pula nnti nak kena tangguh pengajian. Dia suh masuk nnti masukan bulan 9.

Yang gi dgr briefing tadi hanya 4 org sahaja. Pegawai td cakap, dia buleh buka kelas di Poli saya ni kalau cukup 20 orang minimum. Jadi, anda rasa, cukup kah? Jika tak dapat buat kelas dalam Poli ni, bermakna, saya kena turun melaka, atau pun menumpang di poli Ungku Omar pula.

Saya perlu cepat mula, kerana, mengikut perancangan, masters ni cuma ambil masa 4 semester (2 tahun) sahaja, dan saya yakin saya boleh buat dalam masa itu. dan saya mesti habiskan juga dalam tempoh itu, kerana lagi 2 tahun, elok-elok saya habis masters tu, saya nak beranak lagi anak yg no 4. (heh heh heh.. kalau lah semudah itu).

kenapa saya nak sambung masters?

Sebab saya rs cabaran hidup yg saya lalui setakat hari ni macam ulang benda sama saja (kecuali pertambahan anak). jadi, saya nak merasa macam mana susahnya sambung belajar ni.

Saya nak jadi inspirasi pada anak-anak saya esok2... biar anak-anak saya tgk, saya ni tua-tua pun nak belajar lagi...walaupun dah kerja, dan kerja saya tak mewajibkan pun saya ada masters.

Saya juga nak bersedia untuk apa saja kemungkinan..kerana kita tak boleh selamanya selesa di takuk lama, lebih-lebih lagi jika berada di bidang pendidikan. mesti kena selalu update ilmu, disamping pergi kursus-kursus kemahiran tu.

Saya benci mendengar orang duk tanya saya bila saya nak sambung belajar... dan bukannya dia nak jadi geng sekelas saya pun. lain la kalu dia tanya sebab dia nak cari geng sambung belajar. Lebih-lebih lagi kalu org yg bertanya tu dengan niat nak bagi saya rasa tertekan sebab tak sambung-sambung belajar lagi, asik duk beranak je kerja. (heh heh heh..saya tambah sendiri). Saya tak pernah heran pun dgn tekanan tu semua, sebab bukan dia pun yg nk tolong saya buat assignment esok2. Yang saya paling meluat bila ada yg beranggapan saya jadikan anak-anak sebagai alasan tak sambung belajar. Helllloooo..... anak-anak bukan lah alasan yg menghalang..tapi it's a matter of timing, OKAY! Takkan la semua ko nak pulun dalam satu masa, kan?? Satu satu le kan.

Jadi, sekarang ni, ada 3 pilihan yg UTeM tu tawarkan..
Master in Electronics Engineering (Telecommunication System),
Master in Electronics Engineering (Computer Eng),
Master in Electronics Engineering (Electronics System),

Ikut pilihan saya, saya nak yg ketiga tu. Dah muak saya belajar Computer. tapi, saya sedar, saya juga harus mengikut pilihan majoriti kalau nak buka 1 kelas minimum 20 org kat sini. masalahnya, cukup ke 20 org ni? Kat sini, ramai juga tgh buat master. jadi, kemungkinan untuk kumpul 20 org tu mcm tak berapa nak tinggi. Mungkinkah saya akan buat by research? Itu tak mungkin kut. Dan saya juga tak nak turun melaka setiap minggu.

Kita tgk dulu dalam beberapa ketika ini utk keputusannya.

2 comments:

  1. keputusan utk smbng belajar adalah keputusan yg sgt bagus. alin pun tgh urus2 nk smbng belajar ni. insya-allah klu masalah2 semua selesai. sama2 la kita mendorong satu sama lain. klu yg nk mengondem tu biarkan je. sbb member pernah ckp klu kita ada niat nk buat benda yg baik jgn sekali2 ragu2 sbb hasilnya pasti juga baik melainkan ada halangan yg mmg x dpt dielakkan.

    ReplyDelete
  2. terima kasih halen kerana menyokong dari seberang laut..hehe... saya memang bulat dan tekad utk cekalkan diri sambung belajar..sampai PhD..walaupun saya tak ngajor di universiti.

    ReplyDelete