Thursday, April 28, 2011

.: Pencarian kini bermula

Maka, saya sudah memulakan misi secara serius.
Saya mencari rumah sewa. saya tak nak beli, kerana saya tak bercadang untuk beraset di sini (buat masa sekarang).
saya sudah menjumpai satu prospek rumah sewa. Teres corner lot setingkat di Proton City... RM450 sebulan. Lokasi ok, harga OK, cuma saya perlu tgk dalaman dia macam mana. Katanya ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Ok la tu.
Saya harap dalaman dia ok, sebab anak saya pun cerewet mengalahkan saya.
Tapi saya masih lagi mencari, untuk yg lebih baik.

Kelemahan prospek sekarang...
Terletak lebih kurang 15-20 minit dari tempat kerja saya. Oh... saya patut melupakan kelebihan duduk kuarters yg hanya 2 minit dari ofis.

Jiran belum dikenal pasti..belum lagi kes jiran jemur kain kat pagar rumah...kan berjiran..huhuhu....

Jadi, saya perlu beristikharah la nampaknya.

1 comment:

  1. rasanya berkorban 15-20 minit tak jadi masalah kot drpd terpaksa makan hati duduk tmpt kita tak selesa. kita bkn nk duduk sehari dua tp mau bertahun jgk tu.

    ReplyDelete