Friday, April 15, 2011

.: Pemakanan mengikut sunnah

Selamat Jumaat semua..

entry saya ni bukan satu entry khas nak bincang pasal makanan mengikut sunnah, sbb saya bukanlah pakar bab ni. Cuma sedikit maklumat yg ada ni nk la dicatat di sini untuk dikongsi bersama.

Semalam, suami saya (yg tampan) sempat dgr ceramah Maghrib-Isya'.. mcm biasa, beliau akan balik bercerita dengan saya apa yg beliau dgr. Kadang-kadang ada topik yg tak best (seperti kisah wanita solehah) saya dgr sampai tertidur dan sempat berharap ceramah nya cepat habis. Tapi yg semalam, saya dgr dan tak tido.

Tau tak kawan-kawan, ibu-ibu, bapak-bapak semua.... kalu kita makan buah lepas makan nasi, buleh mengakibatkan kencing manis? Secara saintifiknya, ada penerangan yg suami saya cerita..tapi saya pun tak ingat la.

Pastu, kita x boleh makan berselang minum air. Ada org kata nnti buncit perut. Sebenarnya, bila kita makan, perut kita mengeluarkan asid utk hadamkan makanan...tp bila kita minum air, asid tu mcm kena simbah..dan dia tak berfungsi utk menghadam dah la..jadi la perut kita berasid. Keadaan ni tak bagus untuk perut kita.

Dan lagi, penceramah tu kata, makanan fast food ***, yang goreng-goreng tu, seperti ayam goreng tu sgt bertoxid. Dia goreng dgn minyak yg di guna sebanyak berapa belas kali ntah baru dibuang. Minyak ni xleh diguna byk kali tau. Bila dah terlebih bilangan kalinya, maka ia akan berplumbum dan bertoxic..yg mana menambahkan lagi perisa pada ayam goreng kita. Maka, sebab tu kita jangan makan lagi ayam goreng ***. Nak jimat aje, bukan nk jaga kualiti. Mahai pulak tu!

Pastu kepada para ibu-ibu, isteri-isteri. Penceramah tu pesan, masak pakai la tangan. Kerana pada tangan ni ada macam-macam enzim. Enzim ni bagus ye... itu la yg org duk kata air tangan tu agaknya, yg boleh menambat kasih suami dan anak-anak. Dia cakap, jgn jadi macam sesetengah isteri yg masak pakai jari. Main tunjuk aje. heh heh heh. Pastu, dia cakap, kalu nak lagi cepat suami pulang rumah tu, goreng ikan ke, goreng mee tu pakai tangan je, takyah sudip. Gaul-gaul pakai tangan. Maka, cepat la suami anda balik bawa anda ke hospital. Eh, buat lawak pula penceramah tu.

Pastu lagi, dia x bagi kita makan ayam selalu, sebab ayam sekarang ayam proses, ayam suntik. nanti, besok-besok para pak imam pak imam kita(anak-anak kita esok), jadi pak imam melentik aje jari jemari... meliuk lentuk pulak ye... hihihi... jadinyer..bykkan makan ikan.

Seterusnya, piramid makanan. Beliau kata, kita takleh ikut piramid makanan tu. Kena ikut sunnah, baru betul.

Guna la garam bukit, kerana garam bukit dapat menyahtoxid. makan secubit setiap hari...

Jgn campur buah dgn susu, mcm koktel tu...ni selalu kita baca kan, tp org kita suka sgt makan koktel.
Jgn campur makanan darat dgn laut.

Byk lagi yg penceramah tu sampaikan, tapi dah kena tapis dgn suami saya (lupa), dan saya pun menapis juga (lupa juga).

jadi, utk tahu lebih lanjut, rajin-rajin la membaca dan menggali sunnah nabi. Sahabat dulu, apa yg nabi buat, semua dia ikut, tanpa nak perlu tahu kenapa dan mengapa. Kita sekarang, semua nak tahu secara saintifik kenapa dan mengapa, dan ternyata semua sunnah Nabi itu tersembunyi rahsia yg sgt besar yg membawak kebaikan pada kita semua.

3 comments:

  1. pasal bab masak di rumah tu setuju sgt sbb sy pun jarang-jarang msk haha.. aritu ada skali nasya cakap "haaaa... mcm ni aca suka mama masak" haha.. terkena toing toing di dahi oleh aca dan papa dia. sememangnya air tgn mampu menambat suami dan anak2.

    ReplyDelete
  2. ilmu yang bermanfaat..thanks 4 sharing :)

    ReplyDelete
  3. Bagus tol husband ko buat ceramah kat umah, patut ajak jiran2 skali dengar hehehe....

    ReplyDelete