Monday, April 25, 2011

.: Minggu yang agak tenang

Baru selesai menikmati sarapan, pulut kuning dgn rendang ayam, di gerai cafetaria PSAS.. bersama seorang pensyarah lelaki dari mekanikal yg agak tampan bergaya dengan seluar baru di beli dari Ipoh hujung minggu yg lalu.

Oh ya... ( nada baru teringat sesuatu), saya ke Ipoh weekend lepas bersama keluarga. menginap semalaman di rumah adik suamiku itu. Tiba-tiba saja suami saya teringat nak gi rumah adik dia. Memandangkan Tg. malim ke Ipoh cuma 1 jam je naik highway, saya ikut saja lah. Tak sangka pula masa di Ipoh, bertemu pula dengan Kak Ja, sedara suami juga yg kami kenal masa di Sabah. Mereka sekeluarga pun baru saja berpindah ke semenanjung dan sekarang mengajar di Grik.

The kids were so happy. masing-masing ada geng, memang la seronok. Wafiy dan Syakir, Maryam dan Iesha. Syakir dan Iesha, anak-anak sedara ku yg masing-masing hampir sebaya dengan Wafiy dan Maryam. Sepanjang di Ipoh, Wafiy dan Syakir sangat 'kkacip' sekali. Main berhembas sama-sama, main bola main bergocoh dan sebagainya. manakala maryam dan iesha pula main ala-ala gugurl gituh. Sopan sangat tgk budak perempuan main sama-sama. Pastu diorg borak pun sweet saja, tak ada nak gaduh-gaduh. kalau sorang ada mainan, mesti nak share-share. Iesha tua 6 bulan dari maryam, tp dia ingat dia masih adik..heheh.. Ada satu dialog antara saya dan Iesha
Saya: Aliif...
Iesha: ba...
Saya: Taa'...
Iesha: Saa....
Saya: Jiiimm...
Iesha: Ada titik ke??

Hehe..cerdik anak buah aku.

No comments:

Post a Comment