Friday, April 1, 2011

.: Markah pelajar

Sekarang adalah minggu untuk saya dan para pensyarah memfinalizekan markah.

Politeknik bukan lah tempat untuk mencari siapa yang pandai siapa yang tidak. Tapi, siapa yang nak belajar atau tidak.

Makanya, bila dah hujung semster ini, dari analisa markah berterusan pelajar saya ini, dapatlah saya lihat trend berikut:

1. Pelajar yang lulus.
2. Pelajar yang gagal.

Untuk subjek saya ni, subjek programming, tak ada ujian akhir, jadi saya dah boleh tengok dah samada pelajar saya gagal atau lulus.

Jadi, yang dah lulus tu, selamat lah ye. Yang gagal, saya bagi dia peluang. Sebab yang gagal tu ada banyak sebab.

1. Tak hadir kuiz, ujian, dan tak hantar tugasan.
2. Hadir semua kuiz, ujian, dan hantar tugasan, tapi markah semuanya rendah.

Makanya, untuk yang gagal ni (dan juga yg lulus tapi nak improve markah), saya bagi peluang untuk mereka buat tugasan tambahan.

Masalah dan dilema saya sekarang, setelah saya semak tugasan tambahan mereka, ada yang masih fail. Tugasan tambahan pun salin kawan punya.

Jadi, ada yang sipi-sipi nak lulus, iaitu dengan markah 47, 48 dan 49. Anda bayangkan lah, markah itu sebenarnya markah yang telah di top up siap-siap oleh saya secara percuma kot ada yang saya terkurang bagi markah. Ditambah pula dengan markah tugasan tambahan. Anda rasa, patut kah saya tambah lagi 1, 2 atau 3 markah itu secara percuma untuk mereka????

Sedangkan Allah juga berfirman, bahawa Dia tak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum tersebut tidak megubah nasib kaumnya sendiri... (boleh ke dlm konteks ni?)

Jadi, saya nak biarkan pada pihak atasan la yg menentukan nasib mereka. Saya pun bukan suka sgt gagalkan pelajar saya, saya nak kena buat report juga ni. Tapi, saya juga kena fikir kualiti graduan yang akan dihasilkan nanti. kalau saya luluskan budak-budak ni, nanti dah grad, apa pula kata org industri pada kualiti graduan poli ni. Lagipun, dari segi sikap, pelajar-pelajar ni memang menunjukkan disiplin yang kurang memuaskan pun..(pujuk diri sendiri..heh heh heh).

Ada juga pelajar yang tahu markah dia 79, lagi 1 nak dpt A. Yang jenis macam ni juga saya malas amik pot pun. Dah la dia dpt 79 tu hasil penambahan markah setelah saya pertimbangkan beberapa faktor demi keadilan semua, dia lagi nak membodek nak menambah markah, katanya demi masa depan dia. kalu fikir masa depan, kenapa nak ponteng kelas, masuk kelas lambat dan lambat hantar tugasan, ye dak yeop?? Dan lagi, belum di ambil kira faktor meniru dalam tugasan lagi tu! Ni la dikatakan di beri betis, tapi mahukan paha. Selayaknya dapat penendang aje. Heh heh heh.

Jadi, apa nak jadi, jadi la. Biar lah...anggap lah itu rezeki masing-masing...dan anggaplah itu ketentuan Ilahi...heh heh heh. Yang gagal..gagal lah. Yang lulus tapi sipi nak A, syukur lah nak!!! Anggap lah anda belum layak menjadi seorang pelajar A class.

3 comments:

  1. i like this topic wpun sy bkn seorang pensyarah. bila tgk hardy marking paper bini dia ni pula yg sakit tgk markah budak2.

    my opinion la kan klu bdk2 yg mmg belajar bagus, disiplin bagus tak salah kita bermurah hati hadiahkan 1 2 markah. tapi kalau bdk2 yg ntah apa2 suka ponteng kelas tugasan selalu tak hantar tak perlu kita nak kesiankan mereka. mcm farah ckp la peluang dh bg tapi diaorg masih meniru siapkan tugasan itu mmg tak patut nk dikesiankan.

    kita dh tolong tp diaorg tak tolong diri sendiri jadi terima je la kalau tak lulus.

    ReplyDelete
  2. heh heh heh..ada yg sokong..maka komfem la saya nak print dah markah diorg dan submit pd unit exam.

    ReplyDelete
  3. tumpang tnya ..
    kalau student tu status 2 kan markah utk llus ttap 50 ka ..

    ReplyDelete