Thursday, April 21, 2011

.: Kenapa saya susah suka makan di kedai di sini???

Apa masalah dgn tekak dan lidah saya agaknya? tengok kedai makan pun rasa nak muntah. Bila tgk org update facebook mengunjungi restoran-restoran itu dan ini, saya naik bersemangat nak gi jugak. Tapi, bila saya sudah berada di sesebuah restoran, selera saya mati. Apatah lagi jika membawa anak-anak bersama.

Saya tgk org beriya-iya membawa keluarga makan di restoran. Kiranya, kalu makan di restoran ni, sgt lah grand. Kesian pulak saya nak menyuap makanan yg saya tak tahu siapa yg masak. Tapi, kalu saya balik ke Kota Bharu, apa saja yg suami saya beli dari kedai dekat rumah saya tu, saya dengan besar hati makan dgn lahap, dan menyuap anak-anak saya sekali. Saya rasa sungguh yakin sekali dgn makanan itu. Segala-gala lah, dari nasi dagang, nasi kerabu, goreng pisang, murtabak, kueh mueh, laksam...semua lah. Heaven nyer makan-makan di kota Bharu. ..(walaupun saya juga tak kenal sapa lah yg masak itu semua..hehehe)

Kat sini, walaupun ada pasar malam yg menghidangkan juadah-juadah enak-enak(konon), saya makan dengan macam-macam doa mengiringi. dan saya menyuap anak-anak juga dengan penuh perasaan berjaga-jaga, setiap suapan dibacakan doa...  susah-susah sgt, saya sanggup masak lah, walaupun hanya nasik putih dan kicap...gulp!

kadang-kadang, datang mood malas + penat tu, rs nak balik kota bharu jah... nak makan apa saja, semua ada kt pasar. kena dgn selera.

adakah ini sebenarnya masalah psychology saja sebenarnya ye? Saya terlalu was-was kah....? atau memang ada benarnya instinct saya kalu saya rs nak muntah tgk sesebuah restoran tu? ye la..restoran2 ni ada yg pakai pelaris... tak nak lah saya makan benda2 kotor ni kan. Tapi, sesekali nak juga makan kat luar kan? asyik makan kat rumah saja, naik muak.

saya pernah dipesan oleh seseorg, kat Perak ni adalah tmpt paling kuat santau menyantau... itu antara punca saya jadi mati selera juga. Hmm..mcm la kelantan tu org tak menyantau.

Kepada para penyantau yg suka menyantau org, insaf lah. Anda bersekongkol dgn syaitan. Anda nak masuk neraka ke? Bertaubat lah sementara masih ada nyawa.

2 comments:

  1. takutnya....santau2 ni...kat dungun pun ada 1 kedai yg org pesan kat aku jgn gi makan..sampai sekarang aku banned kedai tu...

    ReplyDelete
  2. Farah, mmg ada yang mengamalkan santau ni. Cumanya, kalau + thinking, maybe cerita dibuat oleh competitor kedai tu yg x senang sbb kedai tu laku. heheh... tp ada juga kedai yg nampak horror jer.. paham2 la kan.. x yah masuk...huhu

    ReplyDelete