Monday, April 4, 2011

.: Kami ke Mid Valley Mega Mall

Lama sungguh rasanya tak ke Mid Valley. Saya tak suka sgt pun nak ke mid valley, sebab situ kan besar. Maknanya, saya kena jalan jaaauhhh sgt. Kalu zaman muda belia, saya tak kisah berhigh heel bersama kawan saya McSha mengukur mid valley tu tingkat demi tingkat..heheh.

Tapi, dalam keadaan lebih muatan begini, saya berharap sgt ada stroller untuk ibu mengandung sambil mengendong anak-anak kecil..ditolak oleh??? Heh heh heh...

Jadi, babah dalam percubaan beliau untuk ke sekian kali memandu ke KL, kali ni dengan jayanya tanpa sesat, babah sudah mula menunjukkan skill beliau. Babah malah telah berjaya bawa kami pusing-pusing KL dengan jayanya. Mungkin babah ada buat homework dengan peta Malaysia yang dibeli bulan lepas setelah sesat mencari rumah kawan saya si McZah.

Kami ke MidValley hari Sabtu. Orang ramai juga. Saya rasa sgt kesian dengan anak-anak, kerana seluas-luas Midvalley tu, saya cuma larat jalan-jalan sekitar the Gardens Mall, dan masuk sekejap dalam Jusco.

Niat saya cuma nak cari botol susu baru untuk Maryam dan Wafiy. Tapi, misi gagal. Mana ye saya boleh cari kedai yg jual botol susu tommee tippee dan medela? Avent banyak la kat parkson, kat jusco... Nak aje saya beli saja botol-botol biasa yg berlambak di situ. Tapi, risau pulak Maryam tak nak pula, sebab puting botol tommee tippee tu lain sikit, dan dia dah guna sejak lahir lagi.

Tapi, babah dengan optimis telah mencadangkan kami beli saja cup biasa, sudah tiba masanya Maryam minum dalam cup, kata babah. Jadi, beli la cup. (rasanya cup tu dah berlambak kat rumah, tp biarler..amik mood botol baru). Tapi saya sambar juga satu botol wide neck bottle dengan tangkai yg cute, semestinya BPA free.

Pastu, babah juga belikan saya handbag baru di Marks and Spencer..sempena mengandung kali ke 3 agaknya? (setelah dah masuk 6 bulan???) Mula-mula saya tengok je, saya berkenan. Tapi saya tak beli. Saya mengamalkan kaedah mengalihkan perhatian nafsu shopping ke arah memenuhkan perut dulu. Bila kenyang, kita tak rs nak shopping sgt. Dah masuk kereta kat parking tu, babah masuk balik, katanya nak gi basuh botol susu anak-anak sebelum memulakan kembali perjalanan. Tapi, lama nya pulak gi basuh botol. Tengok-tengok babah kembali dengan sejabir beg plastik Marks and Spencer yg agak besar. Heh heh heh....

kami pulang semula ke Behrang setelah setengah hari berjalan-jalan menaiki kereta di KL setelah senja menjelang. Sepanjang balik, mcm biasa singgah dulu restoran jejantas..tp semua masih kenyang..singgah tg malim, sebab ada pasar malam, babah beli murtabak.

Hari ahad, kami relaks saja. Bawa anak-anak gi mandi Sungai Bil kat kampung Slim, sambil menikmati keenakan buah durian.
Sekian catatan hujung minggu.

4 comments:

  1. hehehe tak sangka nama aku ada dlm entry ko kali ni..best nyer kalu ingat dulu2 kan...pusing midvelly x hingat dunia..rindu plak nak gi sana..

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnya jln2 kl. nnt kami blk sana ble la bw jln2 yer ekeke..

    ReplyDelete
  3. sha..ko adalah sebahagian dari kehidupan yg aku lalui...mesti lah ada tercalit kat mana-mana dlm kisah-kisah yg aku kisahkan ni...

    halen, kalukorang mai sini, kami dgn senang hatinya akan suruh bermalam, dan kita gi round KL ye dgn nasya!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...minta maaf ya saya singgah tanpa di jemput... kalau puan masih mencari tommee tippee products, singgahlah ke kedai kami http://easy2clickshop.blogspot.com have a nice day!

    ReplyDelete