Wednesday, April 20, 2011

.: Bila babah tak sihat, mama juga tak sihat...

Apa anak-anak buat?
Tiga hari lah juga saya dan suami tak sihat.
Sebelum tu, Mariam kena cirit birit dari taska, sejak Jumaat. Sabtu dan Ahad penat duk basuh karpet dan tilam saja kerjanya, kena muntah dan cirit Maryam. Hari Sabtu sempat ke Putrajaya untuk bersama-sama Tok Umi dan Tok Ayah mengemas rumah di Putrajaya. Sabtu petang terus balik.

Babah dan menampakkan ketidaksihatan beliau. mama macam biasa..penat saja. Ada murtabak singapore ditapau pulang, yg ditapau dari Putrajaya. Sampai Tg Malim dah petang. Babah kata tak lapar. Saya pun tak berapa lapar juga. Kenapa ya masing-masing macam tak da selera nak makan apa-apa malam tu. Teringat murtabak singapore yg masih ada dalam tupperware tu... saya makan. Sempat suap wafiy dan maryam lepas solat maghrib. Babah ada jamah juga. Kuah cuka pink dia macam telampau mencuka. Saya tak cicahkan untuk anak-anak. Tapi saya ada rasa sikit. memang cuka yg amat.

Malam tu saya mula rs mual, dan sedap badan. Esoknya, saya tak dapat bangun pagi. Tak tahu pula suami saya lagi teruk, cirit dan muntah. Nasib baik pula wafiy tak apa-apa. Maryam pun dah beransur baik dari cirit birit dia. Sah..kuah murtabak singapore tu problem. Wafiy syukur tak ada apa-apa. Dia saja lah yg kekal cergas dgn adik dia.

babah lembik... terbaring sahaja. Bukan setakat terbaring, kelihatan agak memerlukan perhatian lebih kerana angin satu badan. bila suami dah macam itu rupanya, saya macam dah tak ingat sakit badan sendiri.

masa tu mula la rasa betapa syukurnya ada suami, walaupun suami tu lah yg kadang-kadang kita duk geram, kita duk kutuk..hehehe..ampun ye bang. masa tu mula membayangkan, apa la jadi kalu saya dan suami dua-dua tak leh bangun? macam mana dgn anak-anak???

Oh..rupanya..mereka berpesta ria. Buat projek masing-masing. Tak mau tidur..habis satu bilik mainan di sepah. macam hari holiday pulak bila mak bapak tak sedar terbongkang ye?

Malam tu, tak larat sangat. Suami pun masih tak bermaya, saya gagahi diri, tak putus2 berdoa diberi kesembuhan, dan semoga saya kuat untuk jaga ahli keluarga saya. Airmata menitis juga bila anak-anak tak nak dgr cakap. Kurang-kurangnya, kalu anak-anak tido awal, dapat la tenang sikit saya merawat babah yg memerlukan massage2.

Dalam kesedihan tu, anak-anak buat lawak pula. Si wafiy sempat tanya "mama nangis? mama sedih laa (sambil bgtahu maryam).. wafiy nakal...."
Si maryam lagi best, "mama nanghes!? lap lap ishu..lap lap ishu...." terkedek-kedek tertonggektonggek lari masuk bilik..kemudian kembali semula bawak tisu...pastu lap air mata mama..... siap tambah lagi "lap ingush...." hehehehhe....

kalu macam ni, mama nak nagis tiap-tiap hari laaa....

Hari Ahad yg sengsara..suami saya cirit teruk. tak larat nak ke klinik, beliau cuma habiskan ubat cirit maryam saja. Saya pun tak sihat juga. kepala berat saja, lidah tawar dan pahit. masing-masing lembik, bezanya, saya cuma berangin dlm badan, suami saya yg asyik muntah dan cirit. hari Isnin, saya amik emergency leave. hantar wafiy saja ke sekolah. Maryam saya tak hantar taska, bimbang dia kena jangkit balik.

No comments:

Post a Comment