Friday, April 1, 2011

.: 5 jenis solat

Ni saya baru panas-panas dgr kuliah Jumaat dari seorg ustad Jabatan Pengajian Am poli saya.

Ustad ni bagi kuliah pasal usul fiqh. Mula-mula sepatah haram saya tak paham, sebab byk sgt istilah Arab dia guna. Kepada ustad-ustad, berceramah lah mengikut level pendengar anda.

Jadi, saya sempat faham yg last-last tu. Ada 5 jenis solat, yg mana hanya 2 jenis saja yg Allah terima.

Jenis 1, solat Jahiliah... Solat di mana si pelaku tak tahu apa yg dilakukannya, tp solat saja lah. Solat ini mungkin sah, tapi tak diterima oleh Allah. Ustad bagi contoh, solat budak-budak kecik yg tak tahu apa yg dia baca, dan rukun pun tak tahu apa, tapi perlakuannya macam solat.

Jenis 2, Solat Aadiyah...(maaf kalu salah eja). Ni solat orang yg solat amik rukun, baca semua yg wajib, tapi juga tak paham apa-apa. Solatnya hanya pada zahirnya sahaja. Ni pun Allah tak terima, namun solat dia mungkin sah jika cukup semua rukunnya.

Jenis 3, Solat Arifin (bukan encik arifin)... Ni solat orang-orang kebanyakan. Dia tahu semua rukun solat, dan dia buat. Dan dia tahu juga dia baca apa... namun solat dia tidak ada kesan pada jiwanya. Jiwanya tak hadir. Solat nya sah , namun Allah juga tak menerima solat begini.

Jenis 4, Solat Khasyiien... Solat orang-orang yg khusuk. Solat begini di terima Allah, dan solat peringkat ini lah yg dikatakan solat yg dapat mencegah kemungkaran. Dia solat, dan jiwanya hadir dalam solat tersebut.

Jenis 5, Solat Muhsinin. Solat yg terbaik. Terbit rasa takut, seolah-olah dia dapat merasa melihat Allah, dan Allah melihat dia. Macam mana ye kita nak dapat solat macam ni?

Patut la ramai orang solat, tapi masih melakukan dosa... sebab solat tak diterima Allah rupanya. Jadi, saya rasa, kita ni banyaknya solat peringkat 3 kot? Nauzubillah..maknanya kita ni mcm tak pernah solat la??

Suami saya pernah ckp, orang yg solat tapi tak khusyuk tu seperti orang yg sedang mengigau. Mengigau? Orang mengigau mcm mana? Kalu kita tanya dia dia ingat tak apa dia ckp masa dia ngigau, komfem dia tak ingat. Jadi, elakkan diri dari mengigau solat.

Macam mana nak at least capai solat jenis 4, solat yg khusyuk tu agar solat kita diterima Allah???

Untuk ibu-ibu, anak-anak anda ada kacau tak anda solat? komfom dah tak khusyuk dah..nak tersenyum pulak dah. Kalau dia tak kacau pun, ada tak kita terdetik nak menjeling, dia tgh buat apa lah diaaaammm je kat sebelah??

kalu bukan anak pun yg kacau, pernah tak kita terpikir, agenda yg nak dibuat lepas solat. Bukan main byk kan nak buat? Tapi bila dh abis solat, tak dak apa pun nak buat... setan...setan....

Suami saya pernah jugak memberi nasihat yg agak sinis... dia kata, zaman nabi dulu, sahabat-sahabat solat bila ada masalah... solat untuk minta petunjuk. Tapi kita dalam solat dah dapat penyelesaian. Heh heh heh.

Mari kita sama-sama perbaiki solat kita. Kita mulakan dengan komfemkan arah kiblat dulu. Sekejap serong 45 darjah, sekejap serongnya 40 darjah... makin jauh dari Kaabah, 1 darjah pun dah kita besar tuuuuu...

2 comments:

  1. godaan syaitan ni kuat betul la smp susah kita nk dpt solat yg 4 dan 5. kekadang tu mula2 khusyuk la dh msk rakaat ke 3 4 mula la fikiran pk mcm2. ishkkk.. moga2 solat kita akan diterima allah klu tak sia2 la kita solat selama ni.

    ReplyDelete
  2. kekadang rase kesian pulak kat orang2 yang tak solat tu..kalu kita yg solat ni belum tentu allah terima, apa nak jadi dengan org yang langsung tak solat..sedangkan segala kemewahan dan kesenangan dunia Allah dah bagi kepada mereka..huhuhu

    ReplyDelete