Monday, March 28, 2011

.: Trip to Kedah

Alhamdulillah..selamat pergi dan selamat kembali dari Kedah.

Baru saya tahu, bahawa, dari Perak nak ke Alor Setar, kami masuk Kedah, pastu masuk Penang, pastu masuk Kedah balik.
Pastu, saya juga perasan bahawa, tempat yg bernama Kepala Batas ada di Kedah dan juga Penang? Saya sangat confuse dgn catatan perjalanan kali ni.

Kami menginap di sebuah homestay. Homestay tersebut nampak agak tidak terjaga sebenarnya. nak buat mcm mana, menurut Pak Su Yi, semuanya dah penuh. Tapi, ok lah dgn harga nya yg murah, ada 3 bilik, menempatkan kami semua. Dapur utk memasak pun tak ada. jadi, bukan lah homestay sgt.

Yang best, homestay tu dekat dgn pasar malam. dapat lah mama merasa Char Kway Teow yg menurut mereka sgt sedap sekali. Saya juga rs sedap juga, namun, oleh kerana saya mula kenal char kway teow pasar malam seksyen 17 PJ masa belajar di matrik UIA dulu, saya masih rs char kway teow tersebut takleh nak celen char kway teow pasar malam seksyen 17 PJ. Tapi, satay nya sgt sedap. Kuah kacang pun sedap, lagi sedap dari satay kajang yg tersohor tu.

Kami sempat jalan-jalan ke Jitra, dan bandar Alor Star. bandar Alor Star biasa saja. Saya lagi suka bandar Kota Bharu. Pada pendapat saya Kota Bharu lebih padat, meriah dan happening. Mungkin sebab saya belum habis selongkar bandar Alor Star tu. Tak sempat atas kekangan tertentu. Mungkin jika kesihatan saya lebih baik, saya akan lebih seronok berjalan-jalan.

Singgah di R&R tapah kalu tak silap. Ok la juga ..tp org ramai sgt! Tandas ok, tp pengguna dia ada lagi yg jenis tak reti nak memflush, dan ada juga yg buang tisu dalam tandas. Kena buat inovasi tandas ni, supaya org tak buang tisu dalam tandas. Bila dia buang tisu dlm tandas je, biar pintu tandas tu takleh bukak, selagi dia tak kutip balik. hah..padan muka. Pastu, kalu org tak flush pun sama. Selagi bahan kumuh dia ada dlm lubang tu, pun jgn bg dia keluar. Ataupun buat bunyi alarm kuat-kuat, org tu tak flush..heh heh heh. baru la dia tak lupa.

Maryam asyik melompat. Sejak dia dah reti melompat, hari2 duk praktis melompat. Dah makin tinggi lompatan setempat dia. Jatuh tersungkur pun tak serik2 walaupun dah berdarah bibir. Nangis pun tak. nak lompat saja. Tok Ma kata, maryam cakap banyak, dan tak pelat. Tapi, mama rasa ada jugak yg pelat.... contohnya, lori tu dah jadi 'loyi'... heh heh heh... ha, lagi satu, maryam suka tambah 'lah' pada setiap ayat dia. Macam tak lengkap rasanya kalu dia tak tambah 'lah' kat belakang. Dan.. satu perkara yg mama rasa perlu segera dibuang dari maryam, iaitu..maryam suka kacau org, terutamanya Abg Wafiy. Dan dah jadi kebiasaan maryam utk menjelirkan lidah kpd org yg dia cari gaduh, sambil berkata "anak awann...." (taknak kawan). Ini semua hasil dapatan pemerhatian dia kat taska le ni. Dan terbaru, dia menawarkan genggaman penumbuk pulak dah sambil bertanya mesra, "umbuk nak?" (tumbuk nak?). Saper la yg membawa ajaran-ajaran ni ye? Geram pulak saya rasa. Cikgu2 taska patut mengawasi benda2 begini. tapi, mcm mana ye nak kawal budak2 yg baru nak belajar hidup ni?

No comments:

Post a Comment