Wednesday, March 23, 2011

.: Tazkirah Jumaat yg lalu

Baru menyempat nak update..tp entry ni berkenaan kuliah jumaat yg saya dgr pada jumaat minggu lepas.

Tajuk kuliah ialah Bala dan Bencana dari Perspektif Islam (rasanya kalau tak silap)

Ustad yg bagi kuliah ialah seorg ustad dari sebuah Maahad dekat sini-sini juga.

Kuliah ni berkait juga dgn kejadian tsunami di Jepun.

Ustad banyak berkongsi ayat-ayat Al-Quran , banyak juga dalil-dalil Al-Quran berkenaan bala bencana ni, sejak zaman kaum Ad dan Tsamud lagi.

Dalam kuliah tu, ustad mengingatkan semua, bahawa setiap bala dan bencana yg menimpa pasti ada sebabnya. Sebagaimana yg telah diceritakan dalam Al-Quran, bagaimana Allah menurunkan bala pada kaum terdahulu yg telah ingkar pada perintahNya. Antara bala yg pernah Allah turunkan atas kesalahan umat terdahulu ialah banjir besar, bumi diterbalikkan, wabak penyakit, dan byk lagi yg saya tak sempat catat butirnya, tapi memang femes la kisah-kisah tersebut, sehingga dikisahkan dalam banyak buku-buku cerita kanak-kanak pun.

Jadi, di Jepun ni, rupanya ada satu perayaan yg disambut pada setiap 15 Mac stiap tahun, iaitu Pesta Zakar, yg mana, dalam pesta tersebut , mereka buat replika zakar, dan mengaraknya. (habis la blog aku kena cencor sebab mencarut). kalu anda nak tahu lebih lanjut, anda google la sendiri. tak kuasa saya nak menempek gambar tersebut. Di laman ni ada juga tulis pasal pesta tersebut. http://logisticommunity.blogspot.com/2010/09/pesta-penis-atau-pesta-zakar.html
Jadi, kebetulan pula tsunami berlaku pada 11 Mac, maka, tak dpt la pesta tersebut disambut.
Bila bala bencana dtg, org yg bersalah dan tak bersalah semua akan terlibat, termasuk binatang-binatang. Tapi, orang -orang yg beriman pasti akan diselamatkan.

Memang kasihan melihat mereka yg ditimpa musibah. Nabi Muhammad sendiri pernah dioffer oleh Jibril, Jibril nak tolong hancurkan umat yg ingkar dgn ajaran rasul. Tapi, Nabi Muhammad tak mau, kerana sesungguhnya mereka itu tidak mengetahui. Jadi, walaupun kita tahu bala bencana Allah timpakan pada kaum yg ingkar perintahNya, kita tak boleh nak menuding dan nak cakap 'padan muka' atau sebagainya. Sebaiknya kita sentiasa berdoa agar kita sentiasa tergolong dalam golongan org yg amar maaruf nahi mungkar.

dari perkongsian slide show ustad tersebut....
Antara sebab-sebab Allah timpakan bala...
Maksiat yg berleluasa. Panjang juga ustad huraikan, contohnya pergaulan bebas lelaki perempuan. Bukan setakat remaja la..tapi di ofis, di tempat kerja pun, kena jaga batas pegaulan. Kalu tak, tak de la kes isteri curang, suami main kayu tiga..main kayu golf takpa. Ustad cerita juga kegiatan pelacuran yg bertopengkan Spa di hotel-hotel mewah. Beliau suruh hati-hati kalu menginap di hotel yg ada spa. Sebab, nanti tengah malam, ada perkhidmatan dtg ke bilik tanpa di jemput. Ustad ni sendiri pun pernah jadi mangsa, didatangi 'tukang urat' ke bilik beliau di tgh malam. Hehe..nasib baik ustad ni ustad betul... dan dia kata nasib baik dia menginap berdua bersama rakan beliau..(tak tahu saya apa maksud beliau).

Ustad juga menghuraikan tentang wanita yg berpakaian tapi bertelanjang. Beliau turut berkongsi pengalaman beliau buat pertama kali dalam hidup beliau melihat seorg wanita berpurdah ninja, tapi berseluar ketat di depan mata beliau sendiri. tak pernah dibuat org. Ada seorg audien lelaki menyampuk, "dia naik chicken pox kot?". Mungkin juga, sebab dia malu naik chicken pox. Sebab, apa guna tutup muka tayang body kan. Ustad turut memperli wanita yg pakai tudung, tp sanggul sebakul atas kepala. Dah jadi trend pula wanita bertudung tp menampakkan sanggul umpama bonggol unta. Nak buat mcm mana ustad, rambut panjang sgt.... tapi ada juga yg rambut pendek je, ikat pun sejemput je, tp dibubuh mangkuk atas kepala kasi nampak gemuk. Ustad ni, tajam juga mata dia, walaupun masa dia bagi kuliah dia tunduk je sepanjang masa, kalu pandang pun pandang audien lelaki je.

Antara sebab diturunkan bala lagi, ialah bila kezaliman bermaharajalela. Contoh yg ustad tu bagi, bila menaikkan harga barang keperluan asas rakyat. (ustad ni nampak sgt...heheh). kalu di Mesir, kerajaan dia nak naikkan harga roti 3 sen sekeping, rakyat dia protes, terus tak jadi. tapi di malaysia, kalu naik 70 sen pun rakyat dia cepat sejuk hati. tapi tindakan menaikkan harga barang adalah tindakan zalim. Hmm..untuk yg pendapatan rendah, mmg terasa sgt la ye.

Byk lagi yg ingin saya taip. tapi, setakat ni dulu ye.
Moralnya, kita kena hidup bersandarkan hukum agama. Buat yg disuruh, tinggal yg dilarang. Biasalah, syurga itu dipagari oleh godaan maksiat...ramai yg tumpas padanya.

No comments:

Post a Comment