Thursday, March 24, 2011

.: Tadika KEMAS

Pagi semalam, hantar wafiy ke Tadika KEMAS.

Di sambut mesra oleh Cikgu Nani. Cikgu Nani yg peramah..sempat dia bercerita keletah Wafiy... bila cikgu tanya "mana semua ni belum sampai lagi ni.."
Wafiy pun menjawab "wafiy dah ade!" Hmm..cute pulak cikgu nani tu mengajuk si Wafiy.
Sebenarnya, mama dan babah byk kali juga menjenguk dan mengintai wafiy di tadika tu. Wafiy ni byk kawan... kawan perempuan ramai suka kawan dengan wafiy.. nama kawan baru wafiy yg sempat mama ingat masa wafiy bercerita aktiviti harian wafiy ialah Yuni, Adawiyah, Adam, Haris, Luqman. Bila tanya, kawan-kawan wafiy cantik ke? Wafiy mesti cakap "Cantek! Putih!" amboi...puteh tu tak pernah dilupa. macam org hitam ni tak cantik??

Di sekolah, wafiy pandai pula minum susu pakai cawan, dan buang air besar di tandas. tapi kenapa ye bila kat rumah, wafiy tak nak minum pakai cawan? dan bila nak buang air besar, pegi pinjam pampers maryam pulak...siap bagtau lagi "adik, pinjam pampers ye, wafiy nak berak.." hihihi...

So far, byk benda juga Tadika KEMAS ni ajar. Yang banyaknya menyanyi la. Lagu-lagu doa, lagu bulan Islam, bulan masihi, lagu sayang-sayang la...
Wafiy pandai nyanyi lagu bulan-bulan Islam Muharram, Safar....sampai Zulhijjah.... merdu suara wafiy macam suara mama.... hehe..ye lah. mana tumpah kuah kalu tak ke nasi.. (heh heh heh)
Wafiy pun pandai juga nyanyi lagu 1 january, 2 Febuari..sampai 12 Disember...  memang ni lagu2 tadika KEMAS agaknya? Pastu doa Robbishrohli Sodri... byk lagi la lagu2 dia..kalu nak dgr, kena selalu pasang telinga la, sebab wafiy ni biasa nyanyi sambil dia leka main, leka atas kereta... kalu saja-saja suruh nyanyi, memang dia tak nyanyi la, tersipu malu..sebijik macam mama (heh heh heh).

Wafiy juga sekarang pandai nasihat org. Ni pun sebijik macam mama juga. Antara nasihat wafiy pada mama "mama jangan la suka marah-marah..cikgu nurul marah sikit je..pastu dia tak marah dah...."
"mama kenapa marah orang tadi, orang tadi tu kan baiiikkkkk....."
"adik, janganla sepah-sepah...nanti wafiy tau kena kemas..."
"eee...saper yg sepah-sepah ni? nanti terpijak kan jatuh..."
babah? setakat ni, babah belum pernah kot dapat nasihat percuma dari wafiy. mama la yg selalu kena nasihat.

Ok, lenkali mama citer lagi..babai.

No comments:

Post a Comment