Tuesday, March 1, 2011

.: Sekolah Satu Sesi..

Pagi td dlm radio, juruhebah duk cakap tentang sekolah satu sesi..8-4.
Saya agak kurang maklumat tentang sekolah satu sesi ni. Skop pelaksanaan nya melibatkan pelajar darjah berapa? Tingkatan berapa?

Jadi, saya tanpa soal selidik dan beranggapan bahawa sudah pasti akan ada perancangan menyeluruh sekolah satu sesi ini akan mencakupi pelbagai skop pendidikan, dunia dan akhirat, rohani dan jasmani sekali.

Andai benar bagai dianggapkan oleh saya itu, saya amat bersetuju dgn sekolah satu sesi ni. Pagi budak-budak tu belajar kurikulum, ptg buat kegiatan ko-kurikulum, fardhu ain dan sebagainya.

Saya nampak sudut yg positifnya, kurang la gejala budak sekolah berkeliaran ptg2 lepas balik sekolah tengahari tu. Keselamatan anak-anak juga lebih terjamin, sebab mereka mesti ada dalam kawasan sekolah.

Kebanyakan ibu bapa sekarang bekerja. Kebanyakan mereka terpaksa mencari penjaga untuk jaga anak mereka yg pulang tengahari dari sekolah. Dan, mereka juga perlu jemput anak-anak pulang dari sekolah waktu tengahari. Kita maklum bahawa waktu rehat tengahari sangat terhad. Masa tu la nak lunch, nak solat, nak amik nap...nak jemput budak-budak sekolah lagi. Kalau dah besar sekolah menengah tu boleh la harap naik bas je. Kalu baru darjah 1, kebanyakan parents sanggup penat gi ambik anak-anak ni demi memastikan keselamatan anak-anak terjaga.

Saya mula membayangkan, kalau benar la dilaksanakan sekolah satu sesi ni, pihak sekolah dapat menyediakan kemudahan untuk anak-anak sekolah ni berehat, tukar baju dan sebagainya, sebab 8-4 adalah tempoh yg panjang. Budak-budak perlu tidur sekejap, perlu mandi... untuk ke kelas petang pula. Jadi, selain dari buku-buku sekolah, budak2 nak kena bawa baju persalinan la pulak? Baju persalinan tu ikut aktiviti la, kalu fardhu ain, bawa baju melayu/ baju kurung..kalu pasukan beruniform, bawa baju uniform..dan kalu hari sukan bawa baju sukan.

Saya pasti akan ada jawatankuasa yg lebih profesional yg akan merancang semua ini.

No comments:

Post a Comment