Wednesday, March 30, 2011

.:Reverse Psychology

Sebagai parents, dlm sedar tak sedar kita byk menggunakan teknik reverse psychology dalam berurusan dgn anak-anak.

Apa reverse psychology ni?

Reverse psychology ni ialah, kita bagitahu sesuatu yang bertentangan dengan apa yang kita mahu seseorang itu lakukan atau percaya.

Kaedah ni bukan saja boleh dipraktikkan pada anak-anak kecil saje ye puan-puan... malah juga kat opis, kat bos-bos anda yg payah nak naikkan gaji (swasta), kat pasangan anda, dan sebagainya kalu kena dgn gaya dan caranya.

Sekarang ni saya nak fokus pada reverse psychology pada anak-anak, yang saya rasa selalu juga saya gunakan, sehingga pada satu tahap, saya tak perlu lagi gunakan teknik ni dah.

Menurut ahli psychology Jerman yang bernama Adorno dan Horkheimer (sebut suka hati anda), mereka telah menteorikan bahawa, manusia ni akan respond dalam reverse direction atau berlawanan dengan apa yang mereka disuruh atau dibagitahu. Teori ini telah diuji dan dibuktikan semenjak idea ini muncul pada lewat 70an.
Saya mengambil contoh anak saya, Wisam Wafiy. Setiap pagi, wafiy selalu liat nak bangun nak mandi pagi. Kalau dulu, saya tak risau, sebab dia boleh mandi di Taska. Tapi sekarang, Wafiy dah sekolah Tadika KEMAS. mana ada budak tadika pegi tadika tak mandi, dan dimandikan oleh cikgu tadika kan? Jadi, perkara ini sungguh kritikal pada awalnya. Wafiy tak nak bangun mandi.

Secara tidak sedar, saya telah mereverse psychologykan anak saya tersebut. Saya bagitahu dia, "Wafiy, tido la ye. nanti babah dukung bawa gi Tadika, bagi Cikgu Nurul mandikan ye....". Hasilnya?

Ye..hasilnya, Wafiy segera bingkas bangun dan nak dimandikan oleh babah. Dia pun reti malu jugak. Sangat berbeza dengan hari sebelumnya, di mana saya terpaksa berperang dengan wafiy hanya nak mandikan dia. Begitu juga masa nak pakaikan baju. Macam-macam pe'el pulak. Baju pun nak memilih. Lalu, saya bagitahu wafiy "Wafiy gi sekolah pakai towel je la..biar Cikgu Nurul je yg pakaikan..ye??" Heh heh heh... anda ingat dia nak??? Komfom la dan dan itu juga dia pakai apa saja baju yg saya sediakan.

Makanya, semenjak dari itu, itu la kekdah yg saya gunakan dalam menangani kemengadaan anak saya itu.

Tapi, seingat saya, kaedah ni saya guna dalam seminggu saja. Selepas satu minggu, saya tak perlu lagi mereverse-psychologykan wafiy. Jam 6.30 pagi, saya on saja lampu, wafiy dah faham dah, dia kena bangun dan mandi. Dah mandi sendiri pulak tu..tak nak dah babah mandikan. Dia cuma panggil untuk tutupkan pili shower yang tinggi tak tercapai tangannya itu je.

tapi puan-puan semua, awas! teknik reverse psychology ni tak boleh di over-use. Kalu dah terlebih guna, bimbang ia mungkin akan menjejaskan self-esteem anak-anak, dan anak-anak mungkin confuse apa yang patut dia lakukan atau percaya. Labih teruk jika anak-anak dah tahu taktik anda dan dia tak layan anda punya reverse-psychology. Silap-silap, anda pulak yg dipsychokan oleh mereka. Heh heh heh...

Jadi, pandai-pandai la anda fikirkan apa yg patut dan tidak.
Buat masa sekarang, maryam masih kebal untuk di reverse psychologykan. Peringkat umur bawah 2 tahun ni jenis tak kisah apa yg nak jadi. yang penting aku hepi gituh dia punya moto.

2 comments:

  1. gud topic.. pn prof ble bg cadangan tak mcmana nk reverse psyco husband pulak hehe.. mcmana nk pujuk pindah ekeke

    ReplyDelete
  2. reverse psychology husband nih saya belum terokai... kerana biasanya, saya yg direverse-psycho kan oleh beliau..huhu...

    ReplyDelete