Thursday, March 31, 2011

.: Rahmat Allah

Sejak akhir-akhir ini, saya rasa tidak larat menguruskan Maryam time babahnya gi masjid antara Maghrib ke Isya'.
Saya selalu dikejutkan dengan aksi terjun katil, aksi terjun kerusi dan aksi terbang atas katil oleh maryam. Sakit urat saya kerana terpaksa bingkas bangun mendadak konon nak sambut dia kalau-kalau silap landing. Saya pelik kenapa dia seronok buat aksi-aksi bahaya itu walaupun dia tahu sakitnya mcm mana. tapi, betul lah kata orang-orang tua, budak kecik ni kalau jatuh pun, malaikat sambut.

saya mengutarakan permasalahan itu kepada suami saya. Sebenarnya, saya pun tak tahu apa maksud saya berkongsi masalah itu kepada beliau. jauh sekali niat saya utk menghalang beliau ke masjid. tapi, suami saya yg bertuah itu telah menganggap saya tak bagi dia gi masjid pulek dah.

Lalu saya mendapat nasihat percuma dari beliau, yang saya rasa perlu dikongsi bersama ibu-ibu di luar sana.
Suami saya bgtahu saya, orang lelaki ni wajib solat di masjid. Kalau tidak kerana Nabi kesiankan wanita-wanita dan anak-anak kecik, Nabi dah bakar rumah orang yang tak gi masjid..wallahua'lam.

Orang gi masjid ni, bila pulang ke rumah membawa rahmat Allah. Kerana rahmat Allah ni Allah turunkan di rumah-rumahNya. Jadi kita kena gi ambik la rahmat Allah ni. Dengan rahmat Allah ni, pokok yg kering buleh jadi segar, anak-anak yang degil buleh dengar cakap, bini yang banyak songeh ni??? (heh heh heh)

Jadi, insaf saya. Makanya, redha lah saya menjaga sendirian si Maryam. Bila agaknya Maryam nak besar dan behave sikit ye? maryam ni bukan tak behave, cuma dia bertindak di luar jangkaan. Suka cuba benda-benda yang saya tak larat nak pantau. Mungkin kalau saya lebih fit sikit, saya tak akan merungut kot, dan menganggap ini perkara biasa, sebahagian dari pengalaman membesarkan anak-anak.

Tidak adil untuk saya bandingkan dengan abangnya wafiy, yang mana saya rasa lebih senang dijaga.. wafiy kan anak mak. Bagaimanapun, saya akan menjadi sayu bila Maryam kelihatan sayu mengenangkan nasibnya yg selalu ditinggalkan babah dan abang ke masjid..(heh heh heh). Selalu pula dia buat ayat "mana babah ni lah?" "mana wafiy ni?"..seolah-olah bosan menunggu kepulangan mereka. Kalau saya tak layan dia dan asyik mengaji, mula la dia menekup muka di bantal dan buat muka seposen. Tapi, baik la begitu daripada dia mula menunjukkan aksi-aksi mendebarkan.

Saya masih mengharap fasa berlatih melompat dan terjun tu akan berakhir.

3 comments:

  1. syukur alhamdulillah..seronok ko dpt hubby mcm en.siddiq..moga kekal hingga akhir hayat..amiin.. :)

    ReplyDelete
  2. kalau la papa nasya rajin ke masjid tentu byk rahmat di rumah kami kan. mudah-mudahan suatu hari nanti.. :)

    maryam oh maryam.. eee geram tau bdk kenet sorang ni. rasanya tercopy attitute kakak ipar kot hehe.. kan time ngandung dulu farah selalu ckp nasya ni ganas kan dh terjangkit hehe..

    ReplyDelete
  3. intan hajilah ku sayang... ko pun bertuah jugak dpt hubby yg pemurah..selalu bg present... hehe

    halen...itu lah..aunty farah ni ralit sgt tgk keletah si nasya..pastu mulut aunty ni pun tak sudah2 duk citer keganasan si nasya. kan dah menurun... alin, suh papa nasya gi masjid selalu gi pancing rahmat Allah pulak..heh heh heh... tak lama pun... hihi.

    ReplyDelete