Thursday, March 17, 2011

.: Pertambahan Tugas

Rakan sekerja saya sudah mula cuti bersalin.
Beliau ada bgtau saya, saya akan ganti masuk kelas beliau.
Saya sebenarnya agak terkejut dgn berita ini, kerana, jadual yg saya ada sekrg pun dah sedia padat.
Lagi pula, saya ni asyik dpt kelas/makmal tinggi-tinggi, aras 3, aras 4.

Rumah saya pun dah aras 3...

Tekanan kerja semakin meningkat kerana minggu perkuliahan dah hampir tamat, tp, kelas yg saya nak ganti tu tak buat lagi ujian 2.

Dalam banyak-banyak pensyarah, kenapa la unit jadual waktu ni berminat juga nak cari pensyarah mengandung macam saya ni utk ditambah tugas ye?

Teringat pula saya pernah kena jadi juri pembentangan projek. jadi juri pulak di tingkat 3 nun atas sana. Dua kali pulak tu, sedangkan kebanyakan staff lain sekali je. Gurauannya, sebab nanti saya akan cuti lama bersalin, biar saya cover cuti-cuti saya. Gurau lah sgt... si penggurau tu lelaki, agaknya kurang memahami.

Jadi! Sekarang ni saya sgt tension, rasa nak ambil cuti tanpa gaji je. Saya bukan tension sebab saya kena ajar byk kelas. Tapi, sebab kerja-kerja sampingan dan juga sebab kelas saya tingg-2..penat nyah oiii!!

Ok lah, mak nak buat kerja. jgn ditambah lagi pening kepala mak ni....

2 comments:

  1. kus..kus.. tarik nafas dlm2 jgn sedey2 arr tak elok utk baby hehe.
    adat la tu klu dh jadi staf baru mmg senang org nk ambil kesempatan. kejap je tu lps ni ble la cuti lama2 bla dh bersalin.

    bila time2 sedih stress mesti ingat keseronokkan tmpt lama kan hehe

    ReplyDelete
  2. kat tempat baru, org2 yg baru pindah mmg kena suruh mcm2..aku pun kena jugak mcm tu...nak taknak kena juga terima keje takut nanti dikatakan byk songeh. apa2 pun jgn stress..kalau stress mintaklah abg siddiq bawak ronda2.hehe

    ReplyDelete