Tuesday, March 29, 2011

.: Menziarahi teman lama...

On the way balik dari Kedah, kami lalu Penang. lalu singgah di Sg Dua, ke rumah teman lama iaitu Makku dan Pakku. Amboi, bahgia mereka. Bulat-bulat anak-anaknya si Aleya dan Zikry. Kami sempat dijamu dgn nasi daging air tangan bapaknya Makku. Memang sedap, sementelah pula time kami singgah tu dah tengahari.

Makku dan Pakku tinggal bersama parents makku. Rumah memang tradisional kampung betul lah. Terletak di tepi bendang. Aman damai.

Makku kelihatan kurus dan slim sepeti biasa. pakku pun maintain. Aleya pun masih sama, cuma bulat sikit. Zikry yg betul-betul dah lain, hampir tak cam aunty melihatnya.

Ketika wafiy mula-mula melihat Aleya, dia tersengih sambil berkata "eh, aleya yg kat sabah laa...". daya ingatan wafiy bagus...masih ingat pada temannya yg berpisah sejak setahun yg lepas. Makanya, seronok la dia main,macam-macam ada kat umah Aleya, ada Ben10, ada transformers dan sebagainya.

Mak dan ayah makku pun kelihatan segar sihat Alhamdulillah menerima kunjungan tetamu dari jauh ni.

Kami bertukar-tukar cerita. Cerita tempat baru. Rupanya, mmg begitu la adat org berpindah, utk menyesuaikan diri memang mengambil masa.

Kepada kawan-kawan yg bercadang nak pindah, jgn takut. Kerana kita tak akan selamanya berada di tempat yg sama. Perpindahan bagus untuk memberi nafas baru dan suntukan semangat baru. Cuma, jika diberi pilihan, kalu nak pindah, pastikan keadaan anda benar-benar fit. Mental dan fizikal.

Perjalanan dari tempat makku utk balik ke Behrang semula makan masa selama 4 jam, dgn kadar kelajuan sederhana diselangi dgn berhenti rehat sebanyak 2 kali. Kepada Pakku dan makku, sila la berkunjung ke tempat kami pula.

5 comments:

  1. bestnya blh jmpa kwn2 lama..
    nda da gmbr ka farah?
    kasi msuk la bah d blog mu ini.. :)

    ReplyDelete
  2. gambar ada..tp diriku ini sgt malas mengupload... bayangkan ja aa....

    ReplyDelete
  3. wei intan, hg tu bukannya jauh mana.kalo blk perak tu mai la jln2 penang...

    ReplyDelete
  4. waaaa makku duk sg dua ke best tu sbb dpt mkn mee udang sg dua hehe..

    ReplyDelete
  5. hehe..memang la nda jauh..tpi,susah bangat mo brjalan ke sana sini..insyaAllah..satu hari nnt..aku smpai la.. :)

    ReplyDelete