Wednesday, March 2, 2011

.: Mendekorasi Rumah

Hari ni, saya rs nak menulis tentang mendekorasi rumah.
Sebelum tu.. kepada eric leong and the gang, please dont judge my entry eh.. i'm not a profesional in this, but I'd like to share my idea. Pedulik apa kalo en eric nak kata apa pun..my home's my own idea.. heh heh heh... (perasan pulak eric leong nak baca blog saya).

Bila baca blog seorg rakan yg tgh kemaruk menghias rumah beliau, dan byk pulak soalan beliau pada saya memandangkan kes kami sama iaitu duduk di kuarters kerajaan yg agak terhad keluasannya, makanya, elok la saya mengarang sesuatu di sini.

Kalau ikut peraturan, takleh buat ubahsuai apa-apa kat rumah kerajaan ni. Tapi, memandangkan kita pun duduk rumah yg bekas org lain tinggal, macam-macam pula kesan pencemaran yg telah terjadi, seperti contengan anak-anak kecil, cop-cop tangan yg berdaki, tumpahan nescaffe, milo dan sebagainya. Selain itu, rumah tersebut juga mungkin dipenuhi lubang-lubang dan paku-paku yg ditinggalkan, tak dilupa juga kesan double-tape (especially yg hitam yg payah betul nak kikis tuh)...

Jadi, kita ni nak duduk rumah tu bukan untuk sebulan dua, mau jugak sekurang-kurangnya setahun dua..atau sampai pencen?? Bagi mereka yg menganggap bahawa rumahku syurgaku, makanya, sudah tentu anda tak hingin hidup dalam keadaan rumah yg sebegitu? Lebih-lebih lagi jika anda seorg yg banyak teman, dan sering pula menjemput teman-teman bertandang ke rumah. Nah... kan seronok kalau kita dapat menyediakan suasana ala-ala Lovely Lace pada teman-teman anda tu?

Walaupun saya cuma tinggal di rumah kuarters, saya tidak ketinggalan untuk menghias rumah saya agar selesa, sedap mata memandang, bersih dan ada watak gituh.

Dalam mendekorasi rumah, mula-mula kita kena kenalpasti, apa tema taste kita. Kita ni suka ala-ala english cottage ke, vintage ke, ala bali ke, ala melayu tradisional ke, ala cina ke ala india ke. Penting untuk kita sesuaikan dgn taste kita sebab kita yg nak duduk kat rumah tu. Kalau la taste kita ala melayu tradisional, tapi kita gi buat ala english pulak, tak ke berserabut kepala kita asyik duk tgk bunga rossss je memanjang.

Jadi, bila kita dah kenalpasti tema taste kita, senang la untuk kita mendefinasikan, apa kriteria yg berkaitan dgn taste kita tu. Kriteria yg penting yg berkaitan dgn taste kita tu nnti ialah, pemilihan warna-warna cat, pemilihan aksesori, pemilihan fabrik, dan juga pemilihan susun atur.

Disebabkan saya ni bukan lah seorg jutawan kosmetik, ataupun jutawan bikin filem, makanya saya dekorasikan rumah saya mengikut kemampuan bajet saya je lah.. selain mengguna pakai apa-apa barang yg sedia ada, yg masih bagus, dan dimodify untuk mengikut tema yg telah saya pilih.

Contohnya cat. Kalau rumah sendiri, komfem saya guna cat sutera, tak de bau, dan boleh lap aje kalau anak tertumpah coklat... tapi memandangkan ini cuma rumah jangka masa pendek, apa-apa cat yg murah pun boleh, yg penting, warna dia menarik. Memilih warna mesti dipadankan juga dgn warna-warna kusyen ke, warna langsir ke.. dan saya suka kawinkan 2 warna untuk satu ruang. Perkahwinan antara dua warna ini bagi saya adalah sgt dramatik ye... dapat menambah unsur-unsur persudutan (ada ke perkataan ni?) dan juga unsur-unsur perbezaan kedalaman dalam ruang kita. (main suka hati aku je guna istilah).
Biasanya, saya akan memilih mana feature wall (sepertimana disarankan oleh eric leong) yg saya nak highlightkan, dan saya akan cat dgn warna lebih terang. Yang bukan feature wall, saya guna kaler lembut sikit, tapi masih satu rona dgn warna feature wall tu.  Kalu tanya saya, saya suka gabungan warna-warna seperti pink + purple, kuning + hijau, biru muda + biru tua, coklat dgn cream/peach, hijau lumut + hijau lembut.. suka hati korang la korang suka kaler apa. Kaau anda yg suka tema ala india, nak cat rumah oren campur hijau terang, aa..silakan. Asal anda semua berbahgia. Tapi, anda juga perlu ingat, warna-warna turut memainkan peranan terhadap kestabilan emosi anda. Elakkan warna-warna garang bagi mereka yg kuat melenting dan mempunyai split personality..hehehe..sekejap baik sekejap weng...

Dah cat, susun la perabot2 yg ada tu. Jangan dibuang perabot yg masih elok tu kalau anda rasa mcm tak kena dgn gaya tema anda. Mungkin anda patut tambah sedikit kreativiti untuk menghasilkan sesuatu yg mempunyai nilai tambah pada perabot lama anda, contohnya dgn mengalas menggunakan fabrik-fabrik bersesuaian, ataupun mengecat/ mensyelek semula, atau kalau rajin, bertukang lah sikit! Atau kalau anda dah memang menyampah dah, bagi le ke jiran  atau sahabat anda yg lebih memerlukan.
Ada kawan saya tu, dia telah mengecat semuala kerusi yg sgt buruk dan biasa2 saja, menjadi sebijik kerusi putih yg sungguh cantik sekali. Padahal tukar jadi putih je pun. Terus nampak mahal.

Kemudian, anda boleh la meletakkan aksesori2 yg bersesuaian dgn tema yg anda pilih tu. Ada tema yg lagi sarat lagi nampak cantik. Ada  juga yg lagi simple lagi bagus. Pilih la ikut suka anda. Ada org lebih selesa simple, plain je rumah sebab anak-anak yg masih kecil dan perlukan ruang untuk membuaskan diri. Tapi ada juga parents yg melatih anak-anak untuk hidup dalam keadaan rumah yg sarat dgn perhiasan tanpa ada kejadian barang-barang pecah dan bersepah. Ikut suka anda la, masing-masing punya pendapat sendiri dan cara. Kalau saya, saya berpendapat, budak-budak ni akan suka usik benda-benda yg dia tak biasa nampak. Kalau kita dah hari-hari display sejambak bunga ros atas coffee table tu, dia pun dah tak heran nak usik pun.

Gantung le gambar2 perhiasan sikit kat dinding tu... pilih frame yg bersesuaian.. jgn main hentam aje. Gambar-gambar tu kalu nak gantung, biar le center...samada dgn posisi ruang atau posisi perabot. Seni menggantung hiasan dinding pun ada tau. Ada suka gantung, sekeping je, ada suka gantung sederet, ada suka buat tangga, ada juga suka buat macam galeri. Haa... dah dpt idea?

Last skali, elemen bau. Rumah yg cantik tp berbau hapak tentu tidak menyenangkan kan? Sediakan la pewangi untuk rumah anda. Kadang-kadang, rumah kita ni bersih, tapi setelah seharian kita tinggal, bau perut ikan yg sejemput yg kita siang pagi tadi telah mengisi keseluruhan ruang rumah kita. Rumah yg tadi ala-ala Lovely Lace telah bertukar menjadi Smelly Space... ikan juga yg dipersalahkan dalam hal ini.

Jadi, cepat-cepat kita spray Ambi Purr ke ape ke ye...

sedikit sebanyak perkongsian dalam mendekorasi rumah... hehehe..(macam rumah saya cantik sgt).

Lepas dah cantik dan wangi tu, mari la kita ramai-ramai panggil kak Nita..hihihi..untuk rancangan Astaga.... bye semuaaa.....

1 comment: