Wednesday, March 9, 2011

.: Kisah seram di tempat saya...

Macam tajuk karangan darjah 4 ke?

Setelah lebih kurang 3 bulan kat sini, baru saya tahu sedikit sebanyak cerita tentang tempat saya ni.
Rupa-rupanya, kat taman permainan di tepi kuarters saya, adalah sedikit keras... ermm...bukan sedikit la, agak banyak juga keras dia. Kerana kebanyakan alat permainan adalah besi belaka.

Tapi, dari segi bahasa alam mistiknya, tempat tu memang agak keras yg 'keras' tu...
Ada seorg teman ofis pernah berpesan, jgn biarkan anak-anak main sendirian kat situ, walaupun dekat je dgn rumah. Pada mulanya, saya tak anggap ia sebagai sesuatu yg menakutkan pun, sebab saya tahu, mana-mana tempat pun, pasti ada penunggunya. Sama ada penunggu dia kacau kita atau tidak.

Pada suatu pagi yg indah, saya bertemu member lama saya. Beliau telah membuka kisah seram yg pernah berlaku di kawasan kuarters tempat tinggal kami tu. Katanya, kat taman permainan itu, telah berlaku kisah budak kena sembunyi oleh....oleh siapa... ya??? jeng..jeng..jeng....

Beliau turut berpesan, agar rumah kami tu dibuka semua bilik-biliknya. (memang dah sedia terbuka pun). Beliau turut memberitahu agar semua bilik digunakan. Fuh, saya berasa sgt lega kerana saya dapat rumah kecil. Senang saya nak mempergunakan semua bilik yg ada. Setakat ni, memang semua bilik saya gunakan dengan sebaik-baiknya. Dan syukur la jugak, setakat ni, tak da makhluk yg mengganggu ketenteraman awam di rumah saya. Harap-harap, jgn le pernah muncul menjelma apa saja jelmaan atau kacauan ye.

Untuk tidak menambahkan rasa takut di hati saya, saya tidak bertanyakan lebih lanjut tentang kisah-kisah seram yg lain. Biar le setakat tu saja saya tahu buat pedoman.

Makin banyak saya tahu nanti, tak bangun la saya malam-malam nak gi tandas.

Sekarang, saya mula teringat, kalu anak-anak saya gi main kat taman permainan dan balik lewat petang, malam tu mesti ada yg mengigau. Jadi, saya telah menasihatkan anak-anak saya yg berdua itu agar tidak bermain sehingga lewat petang, dan mereka dgn patuh berkata "baiklah, mama, kami akan balik rumah sebelum maghrib menjelang" (ayat saya reka sendiri).

Sekian kisah seram saya. Seram tak? agak seram bagi mereka yg tak berapa berani seperti saya.

No comments:

Post a Comment