Monday, March 21, 2011

.: Jalan-jalan KL

Hi, apa kabar semua. Bertemu kita sekali lagi dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Penat di KL.

Weekend yg lalu, babah telah bawa Wafiy, Maryam dan Mama cari penat di KL.
Yg penat mama je kot. Wafiy dan maryam enjoy la. Bestnya jadi budak-budak.

Ke mana kita?

Hari Sabtu, pagi-pagi lagi dah turun dari rumah tingkat 3 tu, bersarapan di Restoran Jejantas. Tapi, silap percaturan. Terbeli mainan, so, wafiy dan maryam terus tak lalu makan, asyik duk belek mainan saja. So, lainkali, mainan kena sembunyikan, biar budak2 makan kenyang2 dulu.

Perjalanan di teruskan menghala ke Subang Bestari, rumah teman sekolah mama sejak berzaman, Auntie Zah yg baru bersalin anak lelaki, putera pertama, anak ke tiga. Auntie Zah kelihatan sudah slim dan kembali ke bentuk asal beliau walaupun baru seminggu melahirkan. Terer betul beliau menurunkan berat badan beliau. Anak Auntie Zah namanya sedap sekali...Muhammad Fateh Wafry bin Azmi. Kulitnya kelihatan sawo matang, hensem macam Wafiy. Hehehe....wafiy kan?

Perjalanan ke rumah Auntie Zah sepatutnya mengambil masa kira-kira sejam, tapi babah telah bawa kita semua pusing-pusing makan langsat sampai 3 jam. Alhamdulillah la, sampai juga. Yang jadi sesat tu sebab, mama pun confuse. Rumah Auntie Zah ni namanya kat Subang Bestari, tp alamat Shah Alam, dekat pulak dgn Sungai Buloh. Tgk signboard, keliru nak pilih nak hala ke mana. Memang haru...

Kemudian, dah petang, kita menuju pula ke rumah tok ayah di Putrajaya. Tok Ayah nya tak ada, ada di kelantan. Ke putrajaya utk mengambil barang-barang yg masih belum habis diangkut. Buku-buku je pun. Kebetulan pula ada Pameran Belon Udara Panassss.... ptg tu lepas solat asar, babah bawa pula kami ke Presint 2 ..tp hujan la pulak. Tapi, agaknya nak dipertemukan dgn sahabat blogger dari KK, Kak Maria sekelurga, babah terlihat kelibat mereka di tepi jalan atas jambatan presint 2, sedang sibuk nak masuk kereta. Rupanya, kereta Toyota Rush mereka kena saman sebab parking atas jambatan tu. Hmm..polis pun, agak-agak la kan, dah org ramai sgt, parking tak cukup. Kemudian, kami berunion di Food Court Precint 9. Borak-borak tentang life selepas pindah. kak Maria ada menyatakan bahawa, harga bahan mentah untuk buat kek agak mahal di KL berbanding KK. Pulak? kak Maria masih lagi cuti tanpa gaji.... seronok tgk dia, ceria je. Tak lama lagi beliau akan kembali bertugas di Hospital Ampang. Husband beliau yg sgt peramah macam biasa la, dgn DSLR, berkongsi kisah camera dgn babah. Patut la babah seronok sgt, jumpa geng camera rupanya. Mama pula, bukan seronok sgt buat2 kek ni, so tak adalah excited sgt pasal bahan2 kek yg lagi mahal di KL dari KK tu. Hihihi.... Oh ya, perut kak maria yg pregnant 6 bulan kelihatan maintain je..berbanding perut mama yg baru 5 bulan ..over pulak.

jadi, lepas reunion dgn kak maria ptg tu, maka dekat maghrib, kami bersurai. Babah mengajak pula ke rumah sepupu babah di Presint 14, Ayah Wae. Maka, dgn belum mandi petang, kami pun ke Presint 14.
Rasanya, babah bgtau Ayah Wae tu on the spot nak pegi. Tapi, sampai2 je rumah Ayah Wae, kami dijamu dgn mee goreng. Hmm..nasib baik mama tak berapa nak selera sgt makan kat food court tu. So, masih ada ruang kosong utk di isi mee goreng dan air bandung.

Lepak-lepak sana, sampai agak-agak pampers maryam dah nak sejat, maka kami pun minta diri la, memandangkan jadual perjalanan esok agak padat dalam kepala saya.

balik ke rumah tok ayah d presint 9, wafiy dan maryam mandi-mandi, terus pakai baju tidur, dan tidur dgn nyenyak sekali sambil tersenyum.
Sempat mama gurau sebelum wafiy terlelap.."tido awal ye, esok sekolah.."
sambil mata tertutup sempat pula wafiy jawab "mana ada, esok cuti, gi tgk dinosaur..."

Ayah Wae sempat pesan, kalu nak naik belon udara panas, kena gi lepas subuh. Biar betul. Maka, esok lepas subuh, dgn tak mandi, anak-anak pun pakai baju tidur je, maka kami ke presint 2, jam 7 pagi! Tapi...masya Allah, lautan manusia dan penuh dah kat sana. Tiket naik belon pun dah sold out. Punya la hebat sambutan. maka disebabkan tiket tak ada...selamaaaaattt...... kalu tak RM10 seorg juga tiket dia. Maka, tgk aje lah org naik belon. Kesian Wafiy.

Jadi, jam 9, kita breakfast. Keluar rumah, ke Salak Selatan, rumah Tok Pah. Ni semua org2 kampung lama babah. Tok Pah tak ada, jadi singgah umah anak Tok Pah, Maklong yg tinggal berjiran je di kampung Malaysia raya. Tak dapat duk lama, sebba wafiy sibuk nak tgk dinosaur di Pusat Sains Negara.

Tiba-tiba nampak signboard KLCC. Disebabkan lama tak gi KLCC, niat diubah, dari ke Pusat Sains Negara, ke KLCC. Di KLCC, babah beli tiket Petrosains. Mama rs, ini lah tempat mama paling boring dan penat, tp wafiy bukan main lagi excited, sampai tak ingat dah mama ni. Selalunya bertempek je kat kaki mama. tapi di Petrosains, mama yg penat duk kejar dan cari wafiy. Maryam pula babah dukung. Ok la..kalu tak, dua-dua hilang. Naik simulator helikopter, mama kena jaga maryam, sebab wafiy dan babah je boleh masuk. Mama sentiasa berdoa agar maryam lekat la di tepi mama saja. tak larat la kalu nak kejar Maryam ni. Syukur juga Maryam time tu agak mengantuk. So, radius larian dia kecik saja la, di bawah jarak penglihatan mama saja.

Keluar KLCC dah jam 5 lebih.

Perjalanan balik diteruskan, dari KLCC, naik Jalan Kuching, menghala ke Ipoh. Singgah Restoran Jejantas lagi, solat asar. Dan babah tapau satay Kajang Hj samuri. Alhamdulillah, sampai rumah sebelum maghrib.

Wafiy senyum puas hati, walau dpt tgk sekor je dinosaur... maryam pula..blurr je? Mek tahu ke kita gi jalan2 tadi????

No comments:

Post a Comment