Wednesday, March 30, 2011

.: Doktor kerajaan vs doktor swasta

Buat yang berkemampuan, sanggup ke hospital pakar demi mendapatkan perkhidmatan kesihatan yg terbaik. Hospital pakar ni bagus. Tak ada la doktor-doktor pelatih yang baru belajar nak ambil darah, nak cek patient. Biasanya, pesakit-pesakit malang ini (sudah jatuh ditimpa tangga) akan dijadikan objek kajian untuk doktor-doktor pelatih ni menimba pengalaman dalam bidang kedoktoran, nak boleh ke jadi pakar tu.

Tapi, seorang pakar pun dulu pernah jadi pelatih kan? Berterima kasih lah untuk orang-orang yang ke hospital kerajaan ni.

Tapi hari ni, berbeza pula pengalaman saya. Dek kerana tiada penyelesaian setelah mengadu dengan doktor kerajaan tentang masalah sakit pinggang saya sejak mengandung ni, saya telah pergi ke sebuah kelinik swasta pula untuk meminta 2nd opinion.

Saya telah memilih Klinik X kerana nama klinik itu menggambarkan doktornya ialah doktor wanita. lalu, saya pun register. Sebenarnya, ramai yang tak bagi saya ke situ, kerana diorg kata doktor macam tak pandai. jadi, saya bukan jenis cepat buat kesimpulan. Saya cuba juga. Memang ternyata, doktor nya tak pandai sangat. First time saya gi klinik swasta tapi doktor nya tak pandai macam tu. Sebab, bila saya tanya pendapat dia tentang 'chiropractic', doktor itu blur. heh heh heh. tapi doktor itu menunjukkan ciri-ciri typical orang perak, iaitu sgt peramah. Masalahnya, peramah pada perbualan saja. Dari segi medical check-up saya, zero. Dia cuma suruh saya bersabar sahaja sehingga 4 bulan lagi. Hmm..kalau saya tahu begitu, saya tak datang ke klinik dia.

Jadi, saya ambil kesempatan untuk scan baby saya juga, walaupun saya rasa macam tak perlu. Alang-alang saya dah scan, saya tanya nampak jantina tak? Dengansepantas kilat dia jawab "tak perlu tauu...yg penting baby sihat..ni bagus ni baby ni...kedudukan bagus..."
Eh doktor ni, apa salahnya dia tengokkan, bukan payah pun. Ke dia tak pandai tengok??? Saya pun tahu, yang paling utama ialah anak tu sihat sempurna. tapi, apa salah nya kan teropong je, bukan kena bukak alat atau mesin lain pun...mesin tu jugak kan?

Sudahnya, bila nak bayar, pmbantu dia cakap, semuanya RM70.

Hmm..doktor ni patut jadi doktor kosmetik je lah, sebab dia melawa je. Memang tak seperi kebanyakan doktor. Kalau tau gitu baik gi scan 3D saja di klinik pakar, baru RM100 tapi berbaloi-baloi. Klinik itu sudah saya pangkah. Saya tak akan ke klinik itu lagi.

Rindu pula dengan Dr Khatijah Klinik Aslam.

8 comments:

  1. Saya pun dah kurang percaya dengan lambakan doktor2 klinik swasta sebab dah beberapa kali terkena..paling sedih doktor tu tak nak scan tangan suami saya yang patah jari..dia boleh kata just luka biasa jer..bila scan di klinik kerajaan mmg betul ada retak dan terpaksa di simen..kalau ikut cakap doktor swasta tadi mmg naya jer..

    ReplyDelete
  2. ish ish ish...sian ko farah..eh, 'chiropractic' tu apa kebenda nya..aku pun x tahu ni..hehehe tp aku bukan doctor..x per lah x tahu pun..hehehe

    ReplyDelete
  3. a'ah jiejah..tak payah le nak membazir gi klinik swasta kalu di tg malim ni. lagi bagus klinik kerajaan ni haa... walaupun berbaris lama sikit. klinik swasta ni macam nak jual ubat je kejenya. Tapi ada yg bagus, mcm klinik chong. tu je lah yg saya rasa bagus kat sini.

    sha, chiropracic tu, acu mu try google..heh heh heh... aku pernah buat skali, mmg bagus. masalahnya, time mengandung ni aku x berani amik risiko.

    ReplyDelete
  4. itu la lain doktor lain caranya.. terbalik pulak gayanya doktor sana dgn doktor sini hehe.. apa2 pun doktor khadijah tetap di hati ekeke.. :)

    ReplyDelete
  5. ya..Dr Khatijah memang best. dah la dekat dgn umah je..uh...rindunyerrr.... rs nak pindahkan Dr Khatijah ke sini.

    ReplyDelete
  6. kalau nak tau jantina pun doc tu dh bagi jwpan mcm tu, better tak payah gi lagi klinik tu...

    nasib dia xjawab mcm ni.."tak perlu tauu, benda dah jadi...tak boleh nak buat ape2".. :-)

    ReplyDelete
  7. hih hih hih..din..lawak ek ko. doktor tu mmg sengal le kalu jwb gitu.

    ReplyDelete
  8. We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833


    Regards
    Ir. Aznial Rahmat
    Director
    KASIH Group
    012 312 9264
    aznial@gmail.com

    ReplyDelete