Wednesday, March 16, 2011

.: Bila saya tak gembira...

Bila saya tak gumbira, suka sungguh saya baca blog jankaulu.

Sebab, bila baca blog beliau, sekurang-kurangnya saya rs bersyukur dgn nikmat hidup saya. Beliau lagi lara.

Tapi, bukan lara beliau yg saya suka baca. Saya suka baca tulisan beliau tentang hidup. Especially bila beliau mengupas tentang isu rumahtangga, walaupun beliau belum pun berumahtangga (menurut pemahaman saya dari penulisan beliau).

Tulisan beliau realistik, dekat di hati. Tulisan beliau banyak buat saya tersenyum... di kala saya tengah tension kat ofis ni, di kala sedih-sedih. Saya rasa juga kadang-kadang kena atas batang hidung sendiri apa yg beliau tulis tu. Saya suka lah. Sekurang-kurangnya, saya boleh muhasabah diri. Banyak juga blog-blog lain yg saya baca bebelan mereka, saya boleh rasa mcm dituju kat saya je. Itu menunjukkan saya masih sedar diri.

Blog beliau juga ada kupas isu kewangan..ekonomi..secara praktikal. Hmm...

Tiba-tiba, saya insaf. Kita tak boleh sombong dgn apa yg kita ada di dunia ini. Sebab kita tak tahu, di masa akan dtg, mungkin org yg kita menyombongkan diri tu akan memiliki apa yg kita pernah ada, dan kita tgk saja apa yg kita dah tak ada tu. Lagi haru, kalu org yg kita menyombong tu tolong kita pulak nak dapatkan balik apa yg kita hilang.

2 comments:

  1. apa link jankaulu tu? share2 la manatau bila tgh stress nnt ble dpt ketenangan dan semangat di sana.

    ReplyDelete
  2. rasa dah pernah buat blog review pasal blog dia.. http://jankaulu.blogspot.com

    ReplyDelete