Thursday, February 17, 2011

.: Update tentang wafiy dan maryam

Frame yg ada gambar nasya dan wafiy tu selalu dipegang-pegang. Si maryam pun pandai tunjuk-tunjuk "ni wafiy...ni nasya...." Asyik bertukar-tukar tangan, byk pulak cerita bila tgk gambar nasya dalam frame tu. Sampai frame tu dah tercabut kaki stand dia..huhu.

Sekarang ni wafiy dah ke tadika kemas. Ada pakaian seragam. Bertambah satu uniform nak kena gosok pagi2. Nasib baik wajib pakai Isnin saja. Hari lain boleh pakai baju sukan, baju bomba la, baju melayu.

Payah juga si wafiy nak berenggang dgn Maryam. Asyik minta nak gi nursery dgn adik. Bukan jauh pun, sebelah menyebelah saja. Agaknya dia masih belum selesa. Wafiy asyik komplen dia tak suka tempat tu sebab ramai sgt. Memang le, kalo kat tempat baby tu, baby2 semua tiduuuur saja. Macam-macam alasan dia reka, ada juga pernah dia cakap "Kat sekolah tu ramai sgt, kalo wafiy batuk, ha macam mane??" ewah-ewah pandai pulak dia main psycho mama macam tu.

Asal bangun pagi saja, dia tanya, "Hari ni cuti dah ke?" muka akan jadi kecewa bila mama dan babah dah pakai baju formal nak gi kerja.

Tadika kemas cuma sampai tengahari saja. Dah tengahari, para teacher taska akan take over pula. Tak risau nak kena ambil dia tengahari. Yuran tadika cuma RM20, yuran taska petang RM110. Ok la..
Teringin juga nak hantar Wafiy ni kat Pasti kat luar. Tapi keadaan sekarang macam belum sesuai. Tahun depan insyaAllah nak hantar pasti. Biar rajin sikit nak solat, baca Qur'an. Ni kalau kat rumah liat pulak nak ajak solat. Tapi kalo ajak gi masjid, sekejap saja dh tunggu depan pintu. Kalu suruh mengaji pun sama la, mula nak buat muka mengantuk... (ai, aku rasa, aku dulu pun gini la jugak...) Tapi, org kata jgn paksa sgt, biar la dia enjoy dulu. Tapi sampai bila? Anak org lain 4 tahun dah hafaz Qur'an dah.... org lain tu saper? Ha..org lain tu semestinya bukan jenis aku ni ha... (nampaknya, aku yg nak kena overhaul, bukan si wafiy)

Maryam pula mcm ok je. Sekejap saja dah ada kawan kat taska dia. Tak da meragam apa, mungkin belum memahami, atau pun dia lebih matured dari wafiy? Entah la..tp dia sekarang dah cakap byk dah. sekarang sebut "Wafiy" sgt jelas..tak dak telor dah. Sebab apa dia boleh sebut nama abg dia dgn jelas? Sebab dia suka mengadu abg dia suka usik dia. Jadi, sebab tu la sebutan Wafiy tu memang dah sebati dgn lidah dia, dalam sehari mesti berpuluh kali dia ngadu tentang wafiy. Manja betul, takleh kena usik sikit. Si wafiy tu pulak, makin org mengadu, makin menjadi.

Lama dah tak bawak budak2 jalan2..asyik ada je program kat Tg Malim ni. Weekend ni ada konsert Raihan. So, selamat la babah dari membawa kami pusing2 KL ke, hehe..

Wafiy sebut2 nak naik aeroplane..hmm...aeroplane mana aku nak cari ni?

1 comment:

  1. tak lepas lg rindu ni setakat baca je. lps ni nk tgk gambar plk hehe.. :p
    cuti-cuti tu ble je booking tiket aeroplane dtg sini.

    ReplyDelete