Monday, February 28, 2011

.: Perlu kah dilayan lara di hati itu?

Untuk menambah feel pada entry kali ini, mari kita layan lagu Allahyarham Sudirman ni...

Terkapar-kapar ku kelemasan

Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...

Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini

Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati

Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu...

Sedih pula membaca bait2 lirik ni, apatah lagi bila dialunkan pula secara perlahan-lahan, jgn kuat-kuat..sbb nanti part 'Malam ku suram ...' tu tersumbeng pula..habis lari mood sedih..heh heh heh... Saya tulis entry ni lepas membaca kisah lara rakan maya saya, yg tak abis-abis dgn kisah lara beliau.

Lagu mengisahkan kisah lara org yg ditinggalkan oleh yg tersayang..namun setiap hari masih merisik cerita-cerita org yg meninggalkannya itu (sambil menyumpah seranah dalam hati... dan bersumpah untuk tidak memaafkan org itu kerana meninggalkannya) sambil berharap untuk mendengar khabar dari org tu ...hmmm...lara sekali kisahnya. Yg lara bukan sebab dia ditinggalkan, tapi apa yg dia buat pada diri dia sendiri..memilih untuk jadi lara dan melayan kelaraan itu.

Kalau kita memilih untuk jadi macam cerita hindustan, cerita yg Salman Khan dgn Aishwarya Rai tu..yg mana Aishwarya Rai tu lari (dgn bantuan suaminya yg macho lakonan suami Kajol) mengejar kekasih lamanya si Salman Khan.. mmg la kita akan setiap hari tak berhenti berharap. Tapi, sungguhpun begitu, Aishwarya pun akhirnya taknak pun kat Salman Khan tu bila dia dah jumpa..malahan dia kembali nak ke husband dia balik.

Dari segi ugama pun, kita kena percaya pada jodoh. Kalau dia dah kawin dgn org lain, maknanya dia bukan jodoh kita. Siapa kita nak menyumpah-nyumpah kehidupan dia dgn husband dia yg sememangnya berhak pada dia kan? Kita cuma ex-kekasih je pun. Teruskan la hidup. Lupakan la dia, walaupun seribu janji pernah dia taburkan. maafkan la dia sebab menabur janji-janji palsu..bab kata Aishah..lidah tidak bertulang! Dia pun mana nak tahu dia akan kawin dgn org lain pun kan?

Relakan la org yg meninggalkan kita tu berbahgie dgn hidup dia. Doakan kebahgiaan dia skali. Insya Allah, kebahagiaan juga yg akan dtg pada kita. Kalu kita terus duk tak puas hati dgn dia yg tinggalkan kita, sama la dgn kita tak redha pada ketentuan , qada' dan qadar Allah. Kan rukun iman tu. Dah berdosa dah kita pulak.

Pastu bila kita ni asyik berperasaan negatif je, murung je, mana tak datang penyakit darah tinggi segala?

Apa yang anda harapkan? Dia bercerai-berai, dan kembali pada anda? Anda masih mau ke kalu dia nak ke anda balik? Nak? Nak? Dengan kisah duka yg pernah dia lakarkan dlm hidup anda, anda ingat anda tak akan ungkit? So, buat apa nak seksa diri anda meratap pemergian dia, kerana anda berhak berbahgie..

Kadang-kadang kita sgt suka akan sesuatu itu, tapi Allah tak bagi. Tapi, ada yg kita tak suka, Allah bagi pula. Sebab apa? Sebab Allah sayang kita, dia yg lebih tahu mana yg terbaik pada kita. Jadi, kalau kita tak dapat apa yg kita harapkan sgt tu, komfem la benda tu tak baik untuk kita. Tak pun, kita yg tak baik untuk dia???

2 comments:

  1. farah kak rin suka sgt post ni...buat kak rin sedar hidup mesti diteruskn wlpn kita diberi dugaan bermacam2....biarlah klu ex kita nk kawin ke apa mmg dh tak de jodohkn...buat apa nk tunggu...klu kak rin dh takde dh nk tgk2 lg...biarkan je dia dgn kehidupan baru dia....

    ReplyDelete
  2. motivasikn sungguh n3 ini..kudos!! :)

    hii reen!! :)

    - sibuk mo hii2x org- :D

    ReplyDelete