Friday, February 25, 2011

.: Krisis pertengahan usia

Krisis ini amat sesuai sekali dgn saya.
Tapi sebenarnya, saya bukan dalam krisis yg besar sgt pun.

Kalau dulu, masa mula-mula masuk kerja, saya tak ada masalah pun nak panggil kawan-kawan ofis yg belum kenal nama. Semuanya saya panggil 'Kak'..kalau perempuan la. Kalau lelaki, saya panggil "Encik" kot? (ada panggil ke?? rasanya saya byk mengelak dari berurusan dgn staff lelaki).

Bila dah lama-lama kerja, baru la masuk staff-staff baru yg lagi muda dari saya. Tapi, mungkin disebabkan wajah saya yg awet muda lagi cantik remaja ini, (sila turut mengakuinya.. hehe) ramai staff yg muda2 tu segan nak panggil saya kak. Tapi panggil nama saya je. He he he... (walaupun kadang-kadang geram jugak dgn beberapa budak lelaki yg tak panggil aku kak). Panggilan kak ni bagi saya adalah simbol kita menghormati seseorg yg lebih senior atau bahasa kasarnya 'tua' dari kita. Bukan itu sahaja, panggilan 'kak' ini juga mencerminkan betapa seseorg yg memanggil 'kak' itu merasakan diri dia lagi muda dari org yg dia panggil 'kak' tu.. lebih haru jika dia panggil seseorg tu 'kak' kerana org tu membawa imej sedikit tua dari dia..(mungkin dia pun tak sedar yg dia juga tua sebenarnya).

Ini sudah jadi satu krisis.

Saya mengalami keadaan ini sewaktu mula2 masuk kerja di PSAS. Agak lucu... tapi agak memberi kesedaran pada saya, bahawa saya bukan muda remaja lagi. Ouch!

Bila sampai tempat baru, kita byk tak kenal org. Asal saya nampak mcm org tu lagi tua dari saya je, saya akan menyapa dgn panggilan kak. Ada yg mengena. Tapi bila org yg sy panggil kak tu, menyapa saya kembali dgn panggilan 'kak' juga..mula wujud krisis dalam fikiran saya. Aku tua ke dia tua? Saper yg tak sedar diri sekarang ni??

Rupanya, ramai yg saya nampak konon 'kak' pada saya, adalah 3- 4 tahun lagi muda dari saya, dan ada juga yg sebaya. Sah lah saya masih belum tersadar dari lena. Saya masih perasan muda. Walhal, saya dah nak masuk 30 dah. Angka yg menunjukkan seseorang itu telah mencapai kematangan dalam byk aspek. Sejak kebelakangan ini, saya dah jarang melakukan aktiviti perasan depan cermin. lama benar saya tak belek muka saya. kadang-kadang saya gi kerja tanpa sempat tgk cermin pun. Ye la, mekap pun ntah ke mana dah. Sejak mengandung anak ke tiga, saya langsung tak suka bermekap. Jadi, kemungkinan besar sekarang ni saya membawa imej 5 tahun lebih tua dari usia sebenar saya??????

Hmm... kenapa saya tak rasa gawat pun dgn keadaan ini? Mungkin belum lagi? Kenapa saya tak kisah berpenampilan pucat je ni? Mana pergi rasa ingin berlawa-lawa saya tu?? Hmm..kasut saya cuma ada sepasang je. Sandal sepasang. Adakah ini akan berkekalan atau cuma sampai saya dah bersalin nanti je?

Saya harap, kalau saya dh bersalin pun, saya masih kekal bersederhana macam ni.
Lagi pun, kat ofis saya ni, saya tengok semua staff perempuan berpakaian sederhana saja dgn mengenakan mekap yg tipis.. ke tak pakai langsung pun? Yang penting, kat jabatan saya ni ada ramai yg suka menegur kalau baju terjarang ke, terketat ke, tersenteng ke. Budaya ingat mengingati kat sini bagus.

Cuma saya masih tak puas hati, apsal budak tu panggil saya kak?? Apa dia nampak tua sgt ke aku ni?

1 comment:

  1. hehe...we have to accept the fact farah..for me, i accept that I'm getting matured not getting old...hehe..just like the famous saying...it's just a number!

    ReplyDelete