Thursday, February 24, 2011

.: Hari konvokesyen PSAS

Minggu depan, Isnin, bakal berlangsungnya Hari Konvokesyen PSAS ke-7. Apa yg dpt saya lihat, bahang hari konvo sudah mula terasa sejak minggu ni lagi.

Bahang apa yg saya maksudkan?
Byk pula saya tgk iklan2 dan poster2 aktiviti sempena hari konvokesyen telah mula disiarkan/diedarkan di seluruh kampus ni.

Terbaru, saya ternampak iklan pertandingan memancing. Terus saya terfikir, en hardy si halen mesti suka nih. Yang bestnya, hadiah sagt lumayan, mencecah RM1000. Ni saya tepek maklumatnya..
Jenis ikan yang dilepaskan: Tongsan, Patin, dan Rohu

Jenis ikan yg sediada: Talapia, keli, likor, haruan, ikan muncung buaya dan lampam
Hadiah Pertandingan:
Jackpot : RM 1000.00 (Jika mendapat iakan Tongsan seberat 4 kg)
Tempat Pertama : RM 500.00
Tempat Kedua : RM 200.00
Tempat Ketiga : RM100.00

*Tempat Pertama, Kedua dan ketiga adalah ditentukan mengikut kategori ikan paling berat (tidak termasuk ikan tongsan- Jackpot sahaja)

haa... memang menarik..tempat pertandingan kat kaw tadahan air dlm kampus jugak, depan blok kuarters saya. hehe.. yuran penyertaan RM50.

Pastu, ada pertandingan mewarna untuk budak 4-6 tahun? Rasa2, wafiy qualified tak nak masuk? dia baru 3 tahun setengah? Tapi, kalu ikut tahun, dah 4 tahun dah tu. Nak ke dia masuk? kan nnti mengomel panas la..penat la..bukan buleh suka2 je dia tu. silap2 mama nya pulak yg mewarna nanti, terus disqualified!
Pagi td, sebelum gi sekolah, wafiy bawa buku Ben10..dan beberapa batang crayon. Saya tanya, "laa..kenapa tak bawa semua satu kotak je crayon tu, kan nnti tercicir.."
Dia jawab, "Buat apa bawa semua, Ben10 cuma warna ni je.."...kemudian saya pun tgk la warna yg dia bawak, hijau, coklat, hitam, peach...hmm... ye tak ye jugak..si ben10 tu cuma pakai baju kaler ijau je pun..ijau putih.. kulit dia kaler coklat... alah, kalo dia bawak semua pun, bukan byk batang pun..10 batang je pun??! ape le susah sgt? kang nnti sampai sekolah nak kaler bunga ke, burung ke, kan takder kaler?? biar ler..janji dia nak gi skolah.

1 comment:

  1. huhu.. best tu hadiah jackpot. tmpt pertama pun rm500 hengget. kira kaya la psas ni kan xtvt poly je tp hadiah lumayan. klu kt sini kami pernah dpt hadiah frame ngan botol air kedai rm2 je hahaha

    ReplyDelete