Wednesday, February 23, 2011

.: Hari Anugerah Ketua Jabatan PSAS

Jumaat minggu lepas, PSAS telah mengadakan majlis penganugerahan Anugerah Ketua Jabatan, khas buat pelajar2 yg cemerlang yg berjaya memperoleh Anugerah Ketua Jabatan bg semester lepas. Majlis ini diadakan pada setiap semester sebagai menghargai pencapaian para pelajar.

Majlis diadakan dengan meriah di dewan besar (dewan serbaguna PSAS), dah ala-ala konvo dah..cuma tak ada gerai jualan bunga dgn jubah konvo je. Siap ada persembahan caklimpong oleh pelajar2 PSAS. Penyampaian sijil anugerah disampaikan mengikut jabatan oleh Ketua Jabatan masing-masing. Penerima2 anugerah naik ke pentas macam hari konvo ... best je diorg. Sempat la tgk muka2 pelajar saya yg dlm kelas macam biasa je, rupanya penerima AKJ.

Saya rasa, dengan adanya majlis seumpama ini, pelajar akan lebih bersemangat untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik mereka di politeknik ini. Ini akan menjadi perangsang kepada pelajar2 utk terus mengekalkan kecemerlangan, dan merangsang kawan2 yg lain utk turut dapat AKJ.

2 comments:

  1. haa apa lagi farah suggest la kpd poly kk supaya adakan majlis yg sama. sekurang kurangnya bg semangat utk bdk2 belajar. benda baik ni x salah utk dikongsi bersama.

    ReplyDelete