Monday, February 14, 2011

.: Entry sempena Maulidur Rasul

Alhamdulillah, syukur sekali mendapat kelapangan untuk update blog.
Esok kita akan bercuti sempena menyambut Maulidur Rasul. Syukur juga di sini saya berpeluang mendengar ceramah mengenai maulidur Rasul yg disampaikan oleh seorg penceramah yg tak la glamer masuk TV macam ustazah siti bahyah, atau[un ustazah masyitah, atau ostad mana2 pun. Namun, saya sangat minat pada beliau kerana beliau menyampaikan kandungan Maulidur Rasul sehingga meresap ke jiwa saya. Jiwa org sebelah saya saya tak pasti le pula.

Antara yg ingin saya kongsikan, yg saya rasa tak byk org tahu, Rasulullah S.A.W sendiri tak pernah sambut birthday baginda, begitu juga sahabat2 baginda. memang bukan budaya mereka nak sambut-sambut birtday ni. Budaya sambut birtday ni adalah budaya org Yahudi yg mmg suka sgt buat perayaan. Tu yg wujud hari bapa, hari ibu, hari kekasih..hari ex-kekasih ada dak?? Jenuh aku nak menyambut kalu ada..oopsss...

Tapi, bagi saya, kita sambut Maulidur Rasul dgn niat untuk sentiasa mengingati baginda saja lah. Jangan pula pagi berarak berselawat bagai nak rak, balik umah tengahari tidur tak solat zuhur pulak. Itu dh mempersendakan Nabi kita s.a.w. Yang lagi haru, pagi bukan main lagi berselawat, malam buat konsert pula. kalu konsert nasyid tak pa la lagi.

yang penting, kita sambut Maulidur Rasul bukan semata-mata dgn berselawat semata-mata (pastu hari lain tak selawat pulak), tapi kita perlu menghayati sunnah baginda s.a.w. Jangan sibuk nak tanya why why why. Buat ja. Sunnah Rasul pasti menyelesaikan segala masalah.

Ingin saya kongsi kenapa saya minat kat ustaz yg bg ceramah ni (walaupun nama beliau pun saya tak ingat). Ustaz ni menyampaikan ceramah dengan ilmu beliau yg sgt luas, dari ilmu hadith, ilmu Al-Qur'an, ilmu sirah, ilmu balaghah dan sebagainya selayaknya seorg ustaz perlu tahu. Kemudian, beliau tak melawak sepanjang ceramah beliau untuk menarik perhatian audience. Beliau tak perlu melawak pun untuk buat saya kekal memberi perhatian selama lebih 1 jam tu. Tak seperti sesetengah penceramah yg suka nak berjenaka walaupun audience adalah bukan budak2 kecik.

Kemudian beliau tidak menggedik. Beliau bercakap bab Rasul kawin ramai pun muka serius sambil diselangi fakta2 dan ayat2 Al-Quran dan hadis. Tak macam sesetgh penceramah yg suka buat lawak murah kalu bab ni. Suara beliau jelas, tak dilunak-lunakkan dgn sengaja. Seperti sesetengah penceramah wanita, atau kita boleh katakan sebagai tokoh wanita islamik, tapi dalam TV duduk tunjuk manja2, senyum2 yg agak menggoda, make-up leh tahan cun dan lawa, bernasyid berkompang pulak, melunak-lunakkan suara.. tak kena dgn imej pendakwah. Mungkin sengaja buat gitu untuk tarik perhatian audience..tapi diorg ni buat-buat lupa pulak yg menonton TV tu satu Malaysia. Naik berbulu pula aku.

OK lah..sebelum saya naik tension pula dgn isu ni, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul. Hidupkanlah Sunnah Nabi, dari bangun tidur hingga nak lelap kembali.

1 comment:

  1. salam maulidur rasul untuk kome sekeluarga di sana yer.. :)

    ReplyDelete